Pages

Followers

Thursday 2 February 2012

Trimester Kedua (4-6 Bulan)

 Assalamualaikum ku ucapkan sebagai pembuka bicara.
Nie aku nak kongsi pengalaman (pregnant) aku di trimester kedua. Sekejap je masa berlalu kan?. Tup-tup dah 6 bulan usia kandungan aku sekarang.

Kadang-kadang rasa macam tak percaya pun ada. "Eh, betolke aku mengandung? Wah, tak lame lg bakal timang anak sendiri la yer." Memang tak dinafikan aku betol-betol teruja dengan kehadiran bayi ini. Tak tergambar betapa indahnya detik mengandungkan 'anak sulung' nie (ank sulung coz plan nak anak lg lepas nie-Insyaallah). Biasalah 'first time' merasa pengalaman 'pregnant' kan. Sungguh luar biasa. Hanya Allah S.W.T. yang tahu betapa indahnya perasaan itu. Syukur Alhamdulillah yang tak terhingga kepada ILLAHI kerana aku diberi kesempatan untuk merasa detik-detik indah nie.

Dalam trimester kedua nie, bayi membesar dengan pantas. Tak mustahil lah aku sekarang nie dah makin tembam dan perut makin memboyot. Hehe... Belum mencapai tahap gemuk lagi, okey?? Kalau dulu semasa dalam trimester pertama (1-3 bulan), perut aku kecik jer. Orang pun tak perasan yang aku nie tengah pregnant. Aku pun rasa cam tak mengandung sebab rasa ringan jer. Boleh buat sebarang kerja tanpa rasa penat @ semput. Amek kau, semput aku bagi. Haha.. Maaf yer, entry kali nie panjang sikit. Nak bercerita katakan.

4 Bulan

Kalau di trimester pertama aku tak merasa sebarang pergerakan baby kat dalam tue tapi bila beranjak ke trimester kedua, makin banyak perubahan yang berlaku. Terasa pantas jer perjalanan masa nie berlalu. Rasa cam baru je pregnant. Haha.. Poyo jer kan?? Aku mula merasa pergerakan lembut baby semasa kandungan berusia 4 bulan lebih. First time rasa benda bergerak lam perut, rasa cuak jugak. Almaklumlah tak pernah alami pengalaman begini. Lama aku termenung terfikir-fikir apa yang terjadi kat kandungan aku. Aku mula risau. Nak tanya orang tua, rasa segan lak. So, keesokannya aku datang office dan try search tentang bayi dalam kandungan ibu. Fuh, lega..... Rupanya benda yang aku rasa tue adalah pergerakan baby aku sendiri. Wah, seronoknya bila dah tahu dapat merasa pergerakan baby kat dalam itu. Rasa pergerakan tue lembut sangat. Ibaratkan merasa sayap kupu-kupu mengibas-ngibas kat dalam perut kita. Tak sakit pun. Teruja adalah! Nasib baik dunia hari nie dah semakin canggih. Leh search jer apa yang kita nak tahu. Kejap jer dah dapat jawapannya. Masa awal pergerakan nie bila kita letak tangan kat perut, tak rasa lagi dia gerak-gerak. Cuma rasa kat dalam perut jer.

5 Bulan

Bila kandungan dah berusia 5 bulan, bayi dah semakin membesar. Pantas jew dia membesar setiap hari. Time nie baby akan membesar beberapa mm setiap hari. Tumbesarannya semakin pesat. Tak mustahil lah time nie, perut aku dah mula menonjol sikit. Time nie gak, baby dah start banyak bergerak. Masa dia bergerak tue kita letak tangan kat perut, mesti tangan kita dah dapat merasa pergerakkan tue. Yey, seronoknye dapat rasa dia bergerak-gerak. Tak boleh nak tangkap la. Cepat dan sekejap-sekejap jer. Biasanya dia akan aktif pada waktu malam. Siang baby tak berapa aktif sangat coz dia banyak berehat. Aku pernah letak tangan suami kat perut aku time baby dok gerak-gerak. Ternyata suami aku terkejut dan dia cakap kat aku ngan muka teruja/tak percaya/gembira "Eh, dia bergeraklah!!!''. Aku pe lagi, gelak la bila tengok muka suami aku macam tue. Ha, tau pun dia. Biar dia belai-belai sikit anak dia tue. Seronokkan? Tak tergambar perasaan gembira kami ini. Syukur Alhamdulillah..

Time nie gak, perut aku makin membesar dari hari ke hari. Takde lah nampak besar sangat pun lagi. Baju-baju pun banyak yang dah takleh pakai. Seluar-seluar pun banyak yang dah ketat. So, pakai seluar yang mana muat jew dan selalu pakai baju kurung coz baju kurung besar sikit. Tue pun, kain dah start kena pakai kat atas (atas pada pinggan). Kain jadi cam singkat sikit (nasib baik jahit kain labuh-labuh). Zip pun cam ketat jew kat perut. Terpaksalah pakai dulu yang mana ada. Lum beli baju-baju ibu mengandung lagi. Hehe. Bila dapat gaji jew, gi lah borong baju murah-murah kat kbmall. Beli blouse & kemeja besar jew coz tak minat nak pakai baju mengandung. Ha, time nie selera makan dah bertambah. Asyik lapar jew. So, bekal tue memang sentiasa adalah. Mengunyah jer kerja aku. Makan-makan-makan (amek nak, tiga kali aku bagi utk makan). Bila aku gi klinik untuk pemeriksaan, berat aku dah mencecah 48kg.

(20 Weeks)

   (15 Weeks)

Tengok, betapa pantasnya dia membesar. Beza scan nie diambil hanya 5 minggu sahaja. Pada minggu ke-15 (3 bln lebih), hampir keseluruhan badan baby kita leh tengok. Pada minggu ke-20 (5 bulan) pula, hanya kepala & separuh badan je yang boleh nampak (anak mama dah besar). Seronokkan??

6 Bulan

Menginjak ke usia 6 bulan, lagi banyak perubahan yang berlaku. Terutamanya kepada si ibu. Banyak baju yang kena tukar. Tak kiralah samada baju kerja atau baju semasa berada di rumah. Perut makin menonjol. Dah tak boleh sembunyi-sembunyi cam dulu lagi. Pakai baju ape pun, pasti akan nampak benjolan kat perutku. Huhu.. Tambah-tambah lagi bila aku pakai baju kurung. Dah jadi cam barut nangka. Dah tak selesa nak pakai baju kurung lagi dah time gi kerja (ketat kot). Ada gak usyar-usyar baju baru kat kedai-kedai. Tapi tak tahulah nape aku tak berminat nak pakai 'baju mengandung'. So, aku banyak pakai skirt dan seluar. Lagi satu, aku nak beli baju pun kena suami tengok dulu samada dia berkenan ke tak ngan design tue/colour tue. Kalau dia tak berkenan, jagan haraplah dia bagi aku beli (tak kisahlah duit aku or duit dia-sama jer). Hey, sape yang nak pakai nie??. Tapi aku hanya ikut rentak suami jer. Bila aku berkenan, suami pun berkenan, baru aku amek baju tue. Time nie berat badan aku dah mencecah 51 kg. Alamak, ter'over' makan lah pulak. 3kg tue naik dalam masa sebulan. Takleh jadi nie.

Punyalah rumit aku nak cari baju. Ada gak aku usyar-usyar seluar mengandung. Suami jauh-jauh lagi mencebik mulut dia (tanda tak berkenan). Seluar tue besar sangat kot. Kain dia lak jarang. Takde pilihan sangatlah. Aku pun tak berkenan. Tak jadi beli. Ha, nak tau aku merembat seluar sape sekarang nie?? Jeng-jeng-jeng... Aku rembat seluar suami aku.. Hahaha.. Aku main bantai je seluar suami aku. Paling aku suka pakai seluar jeans dia. Peduli apa aku walaupun seluar jeans lelaki ada butang-butang tue. Bukan nak tayang kat orang pun. Yang penting, seluar dia muat-muat dengan perut aku sekarang nie. Selesa kot pakai coz longgar. Nasib baik suami mengizinkan dan menggalakkan aku pakai seluar dia. Jimaattt... So, masalah seluar & baju dah selesai. Daripada aku beli baju mengandung, baik aku beli jubah berfesyen kan? Sesuai untuk pergi kerja & pape dinner/function. Lagipun bila dah bersalin nanti still leh pakai lagi. Jimmaattt. Tirulah cam aku.. Hehe.. Yang tue terpulanglah kepada selera masing-masing.

Time nie, pergerakan baby makin aktif. Tak selesa nak buat kerja. Kasihan kat baby kat dalam tue. Ha, time nie gak baby dah start bergerak tak kira siang atau malam. Asyik rasa pergerakan dia jer. Pergerakannya dah makin kuat/kasar sikit. Tapi tak rasa sakit pun. Jangan kuatir, tue menandakan bayi kita semakin membesar. Otot dan tulang-tulangnya semakin kuat. Sebab tue, time dia bergerak kita akan lebih terasa berbanding dahulu. Tak perlu lagi meletakkan tangan pada perut coz bila dia bergerak, kita akan merasa pergerakannya samada ke kiri, kanan atau tengah. Cuma tak pasti itu adalah tangannya atau kakinya. 

Time nie gak, banyak simptom-simptom mengandung akan terasa. Antaranya selalu sakit belakang coz menampung beban perut yang semakin memboyot ke depan, kekejangan/krem kaki terutamanya di betis, sukar mendapatkan posisi untuk tidur coz perut semakin membebankan (tak boleh nak tidur terlentang lagi dah), mudah semput/penat terutamnya bila berdiri terlalu lama atau naik tangga. Tercungap-cungap jadinya dan banyak lagilah simptom-simptom semasa mengandung. Nak cerita semua A-Z tak kan habes punyer. 

Tembamkan muka aku sekarang??

Tara...Lihatlah perutku :)

Masih rampingkan pinggangku?? Hehe:)

Actaully, 3 hari aku amek masa untuk siapkan blog nie. Asyik edit posts jew. Ape pun, setakat nie dulu cerita yang aku nak kongsikan dengan kengkawan terutamanya kawan-kawan perempuan. Jantina bayi?? Itu adalah rahsia kami. Jeng-jeng-jeng..Lelaki ke perempuan?? Cube teka?? Tak kisahlah kan.. Asalkan bayi kami sihat walafiat. Mudah-mudahan bayi kami selamat dilahirkan kelak. Rasanya terlalu awal nak rasa berdebar & gementar untuk bersalin. So, sekarang nie nak menikmati nikmat pregnant dulu. Semoga aku sihat-sihat aje dan dijauhi daripada segala penyakit. Amin...