Pages

Followers

Thursday 13 September 2012

Mirip Siapa Bahagian 2

Assalamualaikum..

Kesinambungan daripada post yang lepas..
Actually aku dah jumpa gambar lama aku beberapa hari yang lepas atas bantuan adikku iaitu http://www.facebook.com/haidayuhashim.gigabite Dia yang mengingatkan aku di mana aku simpan gambar-gambar tu. Thanks yunk..

Tanpa membuang masa lagi, jom layan gambar-gambar yang dah aku edit di bawah. Mirip siapa? Bukan 'milik siapa' yer. Aisy dah tentulah milik kami. Huhu.. 

-
-
-
-
-

 Jeng..jeng..jeng..Inilah gambar aku time aku kecil dulu. Ada banyak lagi tapi 3 pic ini je aku scan. Comel tak..Huhu..Dah, jangan layan sangat 'kecomelan' aku tu.. Jom layan gambar yang seterusnya..

-
-
-
-

Mirip siapa??? Dipangkuan ibu masing-masing.. Ibuku dah jadi nenek & aku dah pun jadi ibu..
Korang bila lagi?? Yang dah ada tu, bila nak tambah lagi??? Kih..kih..kih..
Aku??? ~glupp~


Mirip siapa?? Ha, cepat-cepatla bagitau.. Perbandingan gambar aku time kecik dengan gambar Aisy.. Aisy ikut muka siapa yer?? Dah tentulah ambik sikit sorang dari papa & ummie kan??? Paling banyak iras siapa???


Mirip siapa?? Perbandingan gambar aku time kecik dengan Aisy lagi... ~To my hubby~ Sorry ye lalink, i tak jumpe pun pic u time u kecik dolu-dolu.. kih..kih..kih..


Mirip siapa???


Mirip siapa???


Mirip siapa??? Ummie??? Papa???


Mirip siapa???


Mirip siapa???


Adakah Aisy mirip ummie???


Atau mirip papa???



Aisy mirip siapa??? Aku atau en.suami??? Korang nampak Aisy banyak ikut muka siapa? Just suka-suka je. Tak kisah Aisy ikut muka siapa yang penting Aisy jadi anak yang baik & taat. 




Monday 10 September 2012

Punca Rambut Gugur

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir nie, masalah keguguran pada rambutku makin menjadi-jadi. Bila sikat je rambut, bukan main banyak rambut gugur melekat disikat. Bila mandi, syampu rambut, ikat rambut malah bila meluruskan rambut dengan tangan pun, rambut akan gugur dengan jayanya. Tak taw berapa ratus helai rambut aku gugur dalam masa sehari. Rambut pun dah makin nipis. Dah menampakkan kulit kepala. Takutnyer..Risau..

Rimas betul dengan masalah keguguran rambut yang melampau nie. Macam orang sakit lak. Di mana-mana sahaja mesti ada rambut aku. Di lantai rumah, lantai bilik air, lantai bilik, atas tilam, bantal, disikat rambut, atas meja solek & di tangan anak aku pun ada (tak taw mane dia kutip~selalu kena tengok tangan dia samada ada pegang rambut ke tak). Huh, sungguh merimaskan!. Sampai takut nak sikat rambut taw.

Start gugur rambut selepas umur Aisy menginjak ke usia dua bulan. Mitos orang tua-tua "anak dah pandai buat buih/main air liur". Ada kebetulan jugak lah dengan mitos nie sebab bila je Aisy pandai buat buih, rambut dah mula gugur sikit demi-sedikit. Hanya kebetulan semata-mata. Teringat time preggy dulu. Senang je nak urus rambut. Rambut tak gugur pun. Dalam sebulan boleh kira berapa helai rambut je yang gugur. Sekarang???? Oh, tidak!!!!!!

Nak tahu apa puncanya?? Jom kita bace article di bawah. 

**************************************************************************************************************************************************

Article ni dipetik daripada Majalah Pa & Ma

~copy dari google~

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1) Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2) Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3) Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4) Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut 5 hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5) Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6) Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7) Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8) Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9) Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?
1) Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
2) Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
3) Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
4) Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

**************************************************************************************************************************************************

Sekarang sudah jelas?? Lega hati nie bila baca article daripada Majalah Pa & Ma nie. Terima kasih Pa & Ma. Rupanya gejala ini hanya sementara sahaja. Harap cepat-cepatlah pulih daripada gejala ni. Penat dop kutip rambut di situ-sini. Aisy pun suka benar kutip rambut aku yang gugur tu masukkan dalam mulut dia. Kena pantau / belek-belek tangan dia selalu. 

Kalau korang ada petua untuk elekkan / cegah / kurangkan rambut gugur sila share yer.
TQVM.




Sunday 9 September 2012

Mirip Siapa Bahagian 1

Assalamualaikum.

Tajuk post ntah pape je. Macam tajuk cerita Upin & Ipin lak. Nie bukan pasal cerita Upin & Ipin taw. Hari minggu ginie syok betol kalau dop termenung pagi-pagi ni. Tetiba je teringat pasal apa yang mak saudara sebelah abah aku cakap time datang beraya rumah aku hari tu. Family abahku di Kampung Telosan.

Aku lantas bangun dan terus menyelongkar almari lama ma aku. "Yes, dah jumpa!".. Gembira bila tengok album lama dah berada di dalam genggaman aku. Aku belek helaian album tu satu-persatu. Banyak gambar yang dah dicabut. Lain tak bukan, kerja aku la tu yang gatai tangan cabut gambar yang dah elok-elok duduk dalam album tu dulu. Malangnya aku terlupa aku dah simpan kat mana semua gambar-gambar aku ketika aku masih kecil. Huhu.. Time nak, time ni lah tak boleh nak hingat langsung aku dah taruk kat mana gambar-gambar yang aku cabut tu.. Uuuuwwwwaaaaa... Sedihnya..

"Muka Aisy macam muka Kak Long (aku) time kecik-kecik dulu lah. Badan pun sama macam Aisy sekarang ni lah. Tak kecik & tak besar. Halus-halus ginie jer. Pastu suka duduk atas riba mak dia macam Aisy duduk sekarang nie. Tapi satu je beza. Kak long time kecik suka nangis. Hari-hari dop nangis. Nasib baik Aisy ni tak nangis macam Kak Long". Ooo, baru taw aku suka nangis time kecik-kecik dulu rupanya. Lebih kurang gitulah mak saudara aku cakap. Tu aku dop sibuk cari album lama. Nak match kan gambar aku time kecik dengan gambar Aisy sekarang ni.

Tapi alangkah malangnya aku langsung tak dapat nak ingat mana aku dah simpan gambar-gambar tu semua. Jadi tak dapat lah aku nak upload gambar-gambar itu untuk tatapan anda untuk tengok banyak mana persamaan aku dengan anak lelaki sulung aku ni.

Bila aku dah jumpa gambar-gambar tu, aku akan upload dalam next post iaitu Mirip Siapa Bahagian 2.. Itulah sebab sebenar kenapa ada bahagian 1 & bahagian 2.

p/s: Menyesal pun dah tak guna. Dah.. Pergi cari gambar tu sampai dapat. Lain kali jangan sesekali gatai tangan cabut gambar dari album tambah-tambah lagi gambar tu takde soft copy. Apa da... Zaman dolu-dolu mana ada alat canggih-canggih nie..

Wednesday 5 September 2012

Kerjaya Seorang Jurukur Bahan (Quantity Surveyor)

Assalamualaikum..

Hari ni tetiba je rasa rajin nak update blog pasal kerjaya seorang mummy ni. Aku mencoret hanya sekadar suka-suka. Tiada niat untuk bermegah malah jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar berkongsi pengalaman sebagai seorang pekerja biasa atau lebih mesra dipanggil kuli.. Ekekeke..

Bukan sahaja bekerja sebagai suri rumah bila berada di rumah, malah mencari pendapatan tambahan untuk membantu meringankan beban suami untuk menguruskan hal kewangan keluarga. Maklumlah zaman sekarang ni semua benda nak kena pakai duit & yang paling syok suami tak boleh mempersoalkan duit isteri bila isteri berbelanja menggunakan duitnya sendiri. Duit isteri adalah hak milik isteri manakala duit suami adalah hak milik isteri jua. Hehe.. 

Setelah tamat belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sri Iskandar, Perak dalam jurusan Diploma Ukur Bahan pada tahun 2009, aku bertungkus-lumus mencari kerja kosong di internet. Akhirnya aku telah menghantar permohonanku untuk bekerja di syarikat kontraktor kelas B iaitu Zeme Trade (M) Sdn. Bhd. Alhamdulillah aku telah dipanggil untuk ditemuduga & selama dua minggu aku menunggu, akhirnya aku ditawarkan bekerja di syarikat tersebut.

Aku sempat menganggur selama 2 bulan je. Aku berterima kasih kepada bos aku kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk bekerja di sini walaupun time tu aku belum lagi menerima sijil/konvo. Hanya berbekalkan mini transkrip yang dibeli dari pejabat bendahari UiTM Perak dengan harga RM1 untuk sesalinan, aku berjaya diterima bekerja sebagai Jurukur Bahan di syarikat tersebut. Aku diterima masuk ke syarikat ini pada 04hb. Ogos 2009. Kini sudah 3 tahun aku berada di sini. 

Gaji??? Ermm, faham-faham jelah bila bekerja di negeri sendiri ni, gaji tak lah mewah sangat pun. Just cukup-cukup makan je. Kalau nak gaji mahal kenalah kerja di luar negeri. Ye dop?. Hehe.. Ok la walaupun gaji tak seberapa sebab dekat sini kos hidup tak lah mahal mana. Yang penting kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada & apa yang kita dapat.

*************************************************************************************************************************************************
Nie adalah Articles yang aku copy dari internet tentang kerjaya Jurukur Bahan:-

Image google jer..

Ukur Bahan atau Quantity Surverying adalah salah satu bidang yang penting di dalam industri pembinaan. Ia adalah berdiri sebaris dengan profesional-profesional lain seperti Arkitek, Jurutera Awam, Mekanikal dan Elektrikal.

Di Malaysia, terdapat pelbagai pusat pengajian tinggi (IPTA) yang menawarkan kursus jurusan ukur bahan bermula daripada peringkat sijil sehinggalah ke peringkat ijazah pertama. Antara pusat pengajian tinggi yang menawarkan jurusan ukur bahan ini adalah seperti Politeknik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kolej Tuanku Abdul Rahman (KTAR).

Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kurang mengetahui prospek kerjaya ukur bahan berbanding dengan profesion lain seperti Arkitek, Jurutera, Akauntan atau Doktor.

Di dalam rencana ini, akan mencatatkan serba ringkas tentang tugas-tugas seorang juruukur bahan dan bidang kerjaya selepas tamat pengajian di pusat pengajian tinggi..

Seorang jurukur bahan atau QS berperanan menjadi seorang penasihat dan berkebolehan untuk menasihat pihak klien dari segi perancangan serta kawalan kos projek serta pentadbiran kontrak. Tugas seorang Jurukur Bahan adalah bermula dari proses Kajian Kemungkinan atau Feasibilty Studies sehinggalah penyediaan Akaun Muktamad.

Walaubagaimanapun, tugas-tugas hakiki seorang Juruukur Bahan itu adalah berbeza selepas ia menamatkan pengajian berdasarkan cabang pekerjaan yang akan disertainya. Ini adalahlah kerana, apabila sesorang Juruukur Bahan itu menamatkan pengajian, ia boleh bekerja di sektor awam, perunding, kontraktor atau pemaju. Setiap cabang pekerjaan ini mempunyai perbezaan yang ketara yang diringkaskan dalam jadual berikut:-
 
Bil
Perunding
Kontraktor
1
Menyediakan anggaran awalan kos projek
Menyediakan harga untuk tawaran tender yang disertai.
2
Menyediakan senarai kuantiti (BQ) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera
Menyediakan butiran tuntutan bayaran interim kepada pihak klien.
3
Menyediakan naskah dokumen tender
Menguruskan perlantikan subkontraktor-subkontraktor domestik.
4
Menyediakan laporan penilaian tender
Menyediakan perakuan bayaran interim kepada subkontraktor domestik
5
Menyediakan dokumen bayaran interim

6
Menyediakan dokumen  perubahan kerja

7
Menyediakan penyata akaun muktamad projek


***********************************************************************************************************************************************

Terima kasih juga kepada en. suami kerana masih membenarkan aku terus bekerja ~Thanks Lalink~. Penat bukan kemain lah bila dah bekerja ni. Kena pandai bahagikan masa lah bersama keluarga. Start kerja pukul 8.30pg-6.00ptg. Cuti just hari Jummat jer. Kalau ada banyak tender yang kena submit, so kenalah berkorban masa & tenaga untuk bawa balik & siapkan kerja di rumah. Bekerja bagai nak rak tapi........................huhu malas nak cakap..Kih..kih..kih..

Kadang-kadang terdetik juga dihati untuk berhenti kerja bila dot..dot..dot.. ~tak boley cakap~. Huhu.. Nasib lah.. Kena bersabar.. Insyaallah rezeki tu ada.. Bukan sebab tak boleh luangkan masa dengan suami & anak sebab suami bekerja di office yang sama. So, 24 jam berkepit ngan en. suami. Anak??? Bila sampai je rumah, anak lah yang kami cari dulu. Lepas cium-cium & gomol-gomol bagi pipinya sampai merah-merah baru aku pergi mandi..Ngehehehe..

**Boleh tak nak belajar menjahit je nanti?? Buat kerja sambilan lah pulak**
 

Monday 3 September 2012

Baby Walker & Rocker

Assalamualaikum..

Memandangkan umur Aisy hampir 4 bulan & Aisy dah boleh meniarap hari raya ke-4 hari tu lagi, Jumaat lepas aku belikan walker untuk Aisy (macam berbelit-belit je ayat nie.Takpelah, janji korang faham bahasa melayu aku yang teruk ni). Hari ni Aisy dah pun genap 4 bulan. Aku beli baby walker & rocker. Two in one lah katakan. Harganya lebih murah berbanding beli dalam online. Kalau beli dalam online RM159 tapi aku beli dekat kedai Anakku just RM129. RM30 save taw. 

Setiap apa yang aku beli untuk Aisy, Aisy tak pernah kecewakan ummie nya. Ternyata Aisy sangat suka akan walker nie.
 

Baby walker warna oren untuk Aisy. 



2 dalam 1. Walker nie boleh dijadikan rocker. Tapi Aisy lebih suka pada walker sebab pak saudaranya boleh tolak-tolak. 



31.08.2012.. Aisy merasmikan walker yang ummie beli. Tengok, gembira betol anak ummie bila diletak dalam walker nie. Time nie Aisy masih lagi mengalami cirit-birit. Hope bolehlah ubatkan hati Aisy serba sedikit dikala Aisy memerlukan hiburan. Nasib baik walker sekarang ni ada pelapik kat bawah kaki. Kaki Aisy taklah tergantung. (Ummie..Kaki Aisy belum sampai kat lantailah)



Sekarang nie dah pandai isap ekor ikan oren yang besar gedabak ni. Asal letak je dalam walker, ekor ikan tu lah yang Aisy akan kerjakan terlebih dahulu. Habis bajunya lenjun dop isap ekor ikan tu. Walker nie ada muzik tapi aku dah buang baterinya. Aisy asyik tekan je butang muzik tu. Bising sangat lah. Huhu.. Nanti Aisy besar sikit lagi, ummie letak beteri tu semula yer.



Tengah syok Aisy dop kerjakan ekor ikan tu, tetiba je aku snap gambar. Terkejut Aisy dibuatnya. Huhu..
Sorry ye cayang..

Hatiku & suami sangatlah terhibur dengan kehadiran Muhammad Aisy Asyraf nie. Ada je gelagatnya yang menggelikan hati ummie & papa. Semoga Aisy jadi anak yang soleh yer. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan anak ini kepada kami.











Sunday 2 September 2012

Diarrhea

Assalamualaikum..

Minggu nie aku agak kepenatan sikit. My little baby kena diarrhea. Kecian dekat dia. Nasib baik dia tak kena admit kat hospital. Kalau tak, naya jugak lah. Alhamdulillah segalanya beransur pulih.

Ahad lepas (26/08/2012), mulanya Aisy hanya selsema. Maklumlah time raya dop ulang-alik balik raya rumah datuk neneknya. Masa puasa stay kat rumah neneknya dekat Peringat selama sebulan, raya kedua balik raya rumah nenek dekat Bachok, raya kelima balik Peringat semula & last raya ketujuh balik stay rumah nenek kat Bachok kembali. Aisy mula selsema hari Jumaat lagi sebelum balik semula ke rumah neneknya di Bachok pada hari Sabtu. Mulanya dia just selsema biasa je. Ahad tu, Aisy mula demam sikit. Suhu badannya tak berapa panas. Aku bagi ubat demam kat dia. After 2,3 jam lepas makan ubat tu, Aisy dah mula berpeluh & suhu badannya dah kembali normal. Aku ingat dah ok la. Tapi rupa-rupanya.........

Keadaan Aisy makin teruk. Malam tu, aku still tak perasan yang Aisy tak selesa dengan keadaan badannya. Lebih kurang pukul 12.30 malam, Aisy bangun nak menyusu. Aku buatkan susu untuk dia. Memang kebiasaan Aisy bangun setiap 2 jam sekali untuk menyusu pada waktu malam. Lepas aje Aisy isap susu sampai habis, dia muntahkan balik susu tu. Aku buat susu 2oz je. Lepas tu, dia tidur macam biasa tapi malam tu tidurnya tak berapa lena. Aku asyik terjaga je malam tu. Dua jam selepas tu, dia merengek nak susu lagi. Aku buatkan susu. Lepas isap susu, dia muntah cam tadi gak. Aku mula pelik time tu. Suhu badan Aisy panas sikit. Lebih kurang pukul 5.30 pagi aku terdengar bunyi bbbbrrrrruuuuutttt..bbbbbrrrrrrruuuuuttttt..Kuat juga bunyinya. Aku tengok muka Aisy macam meneran je. Ish, berak ke ni? Lain macam je bunyinya. Aku tengoklah diapers dia. Masya Allah.. Anak ummie poopoo rupanya. Poopoo nya cair. Aku tertanya-tanya kenapa dengan Aisy ni? Lepas aku bersihkan poopoo, Aisy kembali tidur. Aku pun tidur balik. Subuh tu, tengah syok dop tidur, tetiba bunyi bbbrrruuttt..bbbrrruuttt.. cam tadi lak. Eh, berak lagi ke ni? Aku tengoklah diapers dia. Ya Allah, Aisy poopoo cam tadi gak. Makin cair. Banyak lak tu.Melimpah terkeluar dari diapers dia. Aku terus ambil pelapik getah sebelum cuci poopoo Aisy. Hubby pun terjaga sebab bunyi kuat. Hubby tanya aku, Aisy kentut ke? Nape kuat sangat?. Aku cakap tak lah, Aisy poopoo. Hubby bangun bantu aku bersihkan poopoo Aisy. Habis seluar Aisy & cadar terkena poopoo.

Pagi tu, sebelum aku & hubby bersiap pergi kerja, aku awal-awal lagi bagitau dekat mak aku yang Aisy ni muntah-muntah & cirit-birit. Badan Aisy panas sikit pagi tu. So, aku serahkan Aisy kepada emakku semasa aku nak bertolak pergi kerja.

Tengahari tu, emak aku call cakap suhu badan Aisy panas kuat. Mak dah bagi ubat demam kat dia pagi tu tapi demam tak mahu reda. Aku pun terus call hubby cakap suruh hantar aku balik rumah kerana anak demam kuat. Lama gak la kena tunggu hubby sampai kat office sebab hubby bertugas dekat site hari tu. Balik tu, aku terus rasa suhu Aisy dengan tangan kat dahi dia. Memang terasa panasnya. Aku dah apply cuti half day. Emak aku cakap, dah berapa kali Aisy poopoo & muntah-muntah. Aisy tak banyak ragam pun. Dia diam je. Bila dia merengek, slow je bunyi suara dia. Mungkin dia kepenatan sebab banyak hilang air dalam tubuhnya. Tapi walaupun demam, muntah & cirit-birit, Aisy masih menyusu dengan kuat. Jadi bolehlah top-up tenaga dia yang banyak kehilangan tu.

Hubby pergi kerja semula lepas tu. Aku je yang apply cuti. Kami kerja di office yang sama. So, salah seorang je boleh cuti. Walaupun lesen memandu aku telah tamat tempoh pada hari raya & belum renew lagi, aku sanggup drive & aku sanggup disaman kalau ditahan JPJ/Polis. Yang penting aku kena bawa anak aku cepat-cepat pergi jumpa doktor. Aku & emak bawa Aisy ke klinik swasta. Aku tahu, bila aku bawa Aisy ke klinik kerajaan, pasti Aisy kena admit ke ward.

Suhu badan Aisy memang panas. Doktor cakap suhunya 39oC. Doktor masukkan ubat melalui bontot Aisy untuk turunkan suhu dia. Banyak juga la ubat yang doktor bagi. Antaranya ubat deman, selsema, antibiotik mati kuman & smecta (cirit-birit). Doktor cakap dalam badan Aisy ada kuman/bakteria. Suhu badan dia naik mendadak sebab antibody dalam badannya sedang bekerja keras untuk melawan kuman/bakteria tu. Ooohh, macam tu. Kesian anak ummie sakit. Mata & bibir Aisy merah je sebab suhu badannya panas. Bila aku dakap Aisy, memang terasa wap-wap panas badan dia. Nafasnya terasa panas je bila terkena kulit aku.

Sampai je dekat rumah, aku cepat-cepat bagi ubat dekat Aisy. Aku bancuh smecta dalam botol susu dengan air suam sebanyak 2oz mengikut arahan doktor tu tadi. Aku cuak juga lah nak bagi dekat Aisy sebab Aisy nie susah nak makan ubat. Asal je picagari terkena mulut dia, mesti dia tutup mulut & nangis-nangis. Alhamdulillah, Aisy minum smecta tu macam dia isap susu. Aku try la rasa smecta tu macam mana. Patutla Aisy minum. Rasa smecta tu manis-manis sikit. Smecta ni kena minum sekali sehari je. Doktor bagi 3 paket je.

Ni lah smecta. Ubat cirit-birit. Satu paket kena bancuh dengan air suam sebanyak 2oz. Minum hanya sekali sehari je. Aku taruk dalam botol susu bagi Aisy minum.

Suhu badan Aisy turun sikit je selepas masuk ubat ikut bontot tu. Demam dia masih kuat lagi. Walaupun Aisy diberi ubat demam ikut time, tapi demamnya susah nak kebah/baik. Malam tu, aku tak tido lena sebab setiap setengah jam aku bangun untuk tuam & lap badan Aisy dengan tuala basah. Aisy masih lagi kerap poopoo. Dia poopoo makin cair. Tiap kali dia poopoo, mesti poopoo nya melimpah dari diapers. Banyak kali kena tukar pakaian dia. Time aku dukung dia siang hari tu, aku rasa suam-suam je kat badan aku. Rupa-rupanya Aisy poopoo & melimpah sampai terkena baju ummie. Time hubby balik kerja, hubby ambil dukung Aisy. Hubby tak perasan pun yang Aisy dah poopoo & terkena baju kerjanya. Huhu.. Kesian anak ummie sakit. Sayu je hati bila tengok keadaan Aisy macam tu.

Tiga hari sudah berlalu. Demam Aisy dah reda. Muntah pun dah berhenti tapi Aisy masih kerap poopoo. Cair macam air. Stok diapers pun dah nak habis. Pagi hari ketiga tu, adalah smecta yang terakhir tapi smecta tu tak beri apa-apa kesan pun kepada Aisy. Malam tu lepas balik kerja, aku & hubby bawa Aisy ke klinik yang sama untuk rujuk kepada doktor. Malam tu, doktor lain lak yang bertugas. Doktor perempuan. Lebih mesra dari doktor lelaki hari tu. Aku rujuk kepada doktor perempuan tu. Doktor tu tengok rekod kesihatan Aisy 2 hari lepas.

Doktor: Erm, doktor hari tu dah ada bagi ubat cirit-birit smecta ye? Anak minum tak?
Aku: Ye. Anak minum je.
Doktor: Ubat nie tak bagi pape kesan pada baby pun? Kalau ikutkan ubat nie dah kira yang ubat paling bagus doktor dah bagi kepada anak awak. Biasanya minum satu paket dah kurang diarrhea dia. Erm, kalau macam tu, saya tak galakkan bagi smecta dah. Saya akan bagi air garam je. Kalau dia berak tu, biarkan je dia keluarkan semua benda-benda yang tak diperlukan dalam usus dia tu. Tapi kena top-up dengan air garamlah bagi ganti tenaga dia yang hilang tu. Awak cuba bagi susu khas la dulu semasa baby awak diarrhea nie. Samada susu Novalac AD atau Isomil. Kalau anak awak berterusan diarrhea & nampak dia letih & tak aktif kena cepat-cepat bawa dia pergi hospitallah bagi doktor kat sana masukkan air dalam badan dia.

Aku hanya mengangguk tanda faham je. Doktor try agah-agah & usik Aisy untuk tengok keadaannya.

Doktor: Anak awak aktif je ni. Tak nampak letih pun. So, awak tak perlulah bimbang. Dia mungkin alah pada kandungan lactos yang ada dalam susu lembu. Awak try bagi susu yang saya cakap tadi & air garam kat dia. Doktor ada bagitahu suruh cairkan susu dia haritu?
Aku: Ada. Dah cairkan susu dia tapi dia berak makin cair lak.
Doktor: Erm, buat cara macam saya suruh ye. Tengok keadaan dia macam mana lepas bagi susu tu.

Selesai sudah. Aku ke kaunter ubat & pembayaran. Nurse kat situ cam weh muka aku.

Nurse: Eh, anak awak tak ok lagi ker?
Aku: Belum. Still berak lagi. Cuma demam & muntah je yang dah baik. Erm, kat sini ada jual susu Novalac AD tak?
Nurse: Doktor suruh try bagi susu rumusan soya lak ke? Ada..

Aku lega sebab kat klinik tu ada jual susu tu. Tu pun tinggal 1 tin je lagi.
Alamak, pampers Aisy dah nak habis lah. Dalam sehari ntah berapa kali tukar pampers. Hubby bawa kami ke Mydin Mall untuk beli pampers. Hubby yang dukung Aisy. Nasib baik Aisy tak nangis bila masuk ke Mydin Mall. Ni kali pertama Aisy ke supermarket/wholesale. Papa bawa Aisy kat bangku kat luar sementara tunggu aku buat bayaran. Akhirnya Aisy tertidur dipangkuan papanya.

Ni lah air garam yang doktor cakapkan tu. "REST ORS". Kena bancuh dengan air suam juga. Aku tak bancuh semua dalam 1 paket tu. Aku bancuh separuh je dengan 3oz air suam. Letak dalam botol susu. Alhamdulillah Aisy isap je air garam nie. Ummie try rasa. Rasa masam-masam sikit. Bila Aisy dahaga, aku gilir-gilir bagi air garam & susu untuk top-up tenaga & mineral yang dah banyak keluar dari badan Aisy. So, Aisy tak nampak letih. Dia aktif je. Malah Aisy juga still kuat menyusu.


Ni lah dia susu Novalac AD rumusan khas untuk bayi cirit-birit. Susu ni susu rumusan soya & yang paling menariknya di campur dengan serbuk buah pisang & juga epel. Kalau bancuh 1 scop susu, kena letak air 1oz. Jadi aku bancuh 2 scop dengan 2oz air suam. Susunya agak pekat sikit. Rasanya sedap & rasa manis sikit-sikit. Jadi, Aisy memang suka la susu ni. Dia terima susu ni dengan baik. Nampaknya Aisy minum susu ni lebih berselera berbanding susu Anmum nya yang dulu. Satu tin nie just 250gram je. Aisy lak kuat menyusu. Susu nie bertahan 3 hari je dengan Aisy. Malam ketiga tu kena cari stok yang lain sebab susu sempat untuk malam tu je. Ummie pun tak perasan yang susu tu dah tinggal saki baki je. Terpaksalah hubby pergi beli susu baru. Paling tak syok susu ni susah nak cari. Kat klinik hari tu dah habis dijual. Susu ni takde kat supermarket. Just ada kat farmasi yang tertentu je. Akhirnya dapat juga beli susu ni kat farmasi Panji depan JPJ tu. Harga sama je RM27 untuk 1 tin kecik ni.

Selepas Aisy minum susu nie, diarrhea nya makin ok. Hingga ke hari ini Aisy masih poopoo lagi tapi dah kurang berbanding sebelum minum susu ni. Kalau haritu Aisy poopoo sehingga lebih 10x, selapas minum susu tu, Aisy poopoo sebanyak 6x dan semalam Aisy poopoo sebanyak 4x je. Poopoo Aisy pun dah tak secair dulu. Makin hari dah makin pekat & Aisy bagi feedback yang baik lah. Dah seminggu Aisy cirit-birit. Hope Aisy cepat-cepat sembuh. Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan & kesihatan yang baik untuk Aisy. Ni mungkin ujian dari Allah untuk kami sebagai ibubapa. Ingatlah. Ibubapa menjaga kita ibarat menatang minyak yang penuh semasa kecil & sehinggalah kita besar. Bila dah jadi seorang ibu, barulah kita sedar pengorbanan ibu itu macam mana. Seorang ibu takkan tidur malam semata-mata untuk menjaga si kecil yang sakit.

p/s: Kalau anak ibu-ibu diluar sana mengalami demam, janganlah dibiarkan ia berlarutan. Segeralah beri ubat mengikut dos yang betul. Bila anak menghadapi demam panas @ suhu badannya panas, janganlah selimutkan dia. Kalau boleh pakaikan baju yang nipis je kat dia. Memang kakinya sejuk dah badannya panas. Hakikatnya dalam badan bayi kita panas. Jadi kena keluarkan suhu panas dari badannya supaya demamnya reda. Tuam & lap lah badan anak anda dengan tuala basah. Tekap tuala basah mulai dari kaki dahulu, kemuadian badan & akhir sekali barulah kepala. Jangan mula dari kepala dahulu. Ini boleh membahayakan bayi anda. Kalau keadaan lebih teruk, segeralah ke klinik & hospital yang berhampiran. Kalau boleh nak elakkan anak kita dari terkena sawan. Kita hanya mampu iktiar sahaja. Tapi Allah jua yang menentukan. Mungkin itu ujian buat kita.