Pages

Followers

Tuesday 6 August 2013

Nasib Baik a.k.a. Mujur

Assalamualaikum..


Khamis malam Jumaat lepas, sedang aku mengemas pakaian anak masuk dalam beg (nak balik rumah ma), Aisy bukan main seronok dok berlari. Sambil aku kemas pakaian (main sumbat aje) aku membebel-bebel melarang Aisy berlari-lari. Lariannya masih terumbang-ambing sebab baru pandai berlari kan. 

Kejap-kejap mata aku melilau ke arah Aisy, kononnya pantau pergerakan dia. Tangan masih lagi ligat memasukkan pakaian Aisy ke dalam beg dan pergerakan tangan serta kaki aku pantas ke sana ke mari ambil keperluan penting Aisy seperti ubat, pampers & susu. Aisy masih lagi berlari-lari dalam bilik. Manakala si papa Aisy hanya sibuk melarang anak lelakinya berlari. Ok, semua dah settle. Aku kemas dalam masa 15 minit aje sebab semua sumbat aje.

Aisy hanya berlari ke sana kemari sambil sorak-sorak gembira. Dia memang 'happy good lucky' sokmo pun. Aku nampak Aisy berlari ke arah meja dan BOOOMM bunyi benda terhantuk di meja. Aisy rebah lalu menangis sekuat hati. Aku cemas dan terus dukung Aisy. Aku belek-belek mukanya ketika itu dia masih lagi menangis. Aku nampak darah meleleh keluar tepi mata. "Abang, berdarahlah!!!!" Aku jerit kat suami aku. Aku cemas sebab Aisy menangis tak buka mata. Kot-kot terkena mata. Aisy tak bagi aku sentuh matanya membuatkan aku lagi cemas. Aku buka juga kelopak mata Aisy. Mujurlah mata Aisy tak apa-apa.

En.suami kelam-kabut cari ubat gamat. Aku bagi Aisy susu. Aisy pon berhenti menangis (memang jenis senang pujuk). Time Aisy ralit minum susu, aku taruk ubat kat tepi mata Aisy. Aisy mula menangis semula. Pedih barangkali ubat tu masuk kat luka dia. Suami ambil dukung Aisy. Aku masukkan barang-barang ke dalam kereta. Rancangan untuk balik rumah ma diteruskan jua. Aisy dah ok tapi darah masih lg keluar. Aisy memang tak bagi langsung aku tengok lukanya bimbang aku sentuh luka dia.

Kami singgah Mydin Mall Kubang Kerian sekejap beli pampers dan susu Aisy untuk sebulan terus. Masa masuk Mydin, aku tengok luka Aisy. Terang, jelas serta nyata sebab cahaya yang terang kat situ. Ada darah yang meleleh sikit kat tepi mata tu yang dah kering. Darah kat tempat luka masih ada. Tapi aku masih tak dapat tengok luka Aisy yang sebenar-benarnya.

Sampai aje rumah Tok Ma, semua terkejut tengok mata Aisy. Takde sorang pon boleh tengok atau sentuh luka dia. Aku keluarkan kereta yang Tok Ma belikan untuk Aisy. Dari jauh Aisy dah tersenyum. Bukan main seronok lagi dia dapat naik kereta tu. Time dia ralit bermain, Tok Ma baru boleh taruk ubat. Aisy tidur pukul 11.00pm malam tu. Leka bermain punya pasal.

Bila Aisy betul-betul lena, baru aku boleh cuci luka Aisy dengan kain basah. Mata Aisy semakin bengkak masa tu. Lukanya panjang juga. Start dari bawah mata sampai tepi mata. kat tepi mata tu luka besar sikit. "Mujur kat kena mata. Mujur kat kena atas mata. Kalau tak, boleh pecah kelopak mata." (Bisik hatiku). Malam tu ntah berapa kali aku bangun taruk minyak gamat kat luka Aisy. Keesokannya, bengkak dah surut sikit & luka pon dah kering sepenuhnya.


 Walaupun mata sakit, Aisy tetap seronok bermain tambah-tambah dapat hadiah daripada Tok Ma.


Masa mengandungkan Aisy lagi aku ada berpesan kepada suami supaya buang meja tu sebab semua bucu meja tu tajam. Aku pernah bagitahu suami yang meja tu akan mendatangkan bahaya kepada anak kelak. Tapi suami cakap "alah tak pe. nanti jangan bagi dia main kat situ". Masa baby dah keluar pun aku ada ingatkan suami lag sekali supaya buang meja tu letak kat tempat lain tapi tu juga jawapannya.

Bila telahan & gerak hati ibu ni tepat, baru nak gelabah. Bila anak dah dapat kaki, kita pun tak dapat kawal pergerakan dia 100%. Apa lah yang budak umur 1 tahun tu tahu. Dia hanya tahu main & cuba apa saja aksi yang ada dalam fikirannya dia. Tambah-tambah si anak lelaki. Lagi banyak akal. Panjat, lari, terjun semua lah. Orang cakap ''mencegah lebih baik dari mengubati''. Nasib baik tak kena mata.

Perkataan NASIB BAIK a.k.a. MUJUR tu sentiasa ada.








Saturday 27 July 2013

Bagaimana 'Heat Stroke' Membunuh Anak Anda?

 Assalamualaikum

 
Comel kan mereka? Entry ni tak de kaitan pon dgn mereka. Sekadar hiasan (",)

Hari ni saya nak kongsi satu video untuk ibu-ibu di luar sana. Sejak kebelakangan ini, kita banyak menyaksikan kisah si kecil yang tidak berdosa meninggal disebabkan kecuaian kita (ibubapa) sendiri. Ya, saya tahu perasaan itu sebab saya juga seorang ibu seperti anda. Hal ini membuatkan saya lebih berjaga-jaga dan peka dengan setiap gerak-geri si anak. Maklumlah anak saya baru berumur satu tahun. Bayangkan lah dengan umur seawal itu, apa yang dia mampu lakukan tanpa bantuan kita (ibubapa)?. Andainya kita cuai, malang telah menanti menimpa anak kita. Tolonglah wahai ibu-ibu. Kita sama-sama ambil iktibar di atas apa yang telah berlaku. Jangan biarkan nasi menjadi bubur kerana malang itu tidak berbau!!!


Credit to blog: gilerkentang.com

Anda mungkin berfikir lima jam adalah masa yang lama dan itulah mengapa ia berlaku. Tetapi adakah anda tahu bahawa ia boleh mengambil masa sesingkat 15 minit terperangkap dalam kereta terlalu panas untuk kanak-kanak mengalami kecederaan otak yang mengancam nyawa atau kecederaan buah pinggang?
Menurut NBC News, yang memetik pakar kecemasan pediatrik, badan kanak-kanak boleh menjadi panas lebih cepat daripada orang dewasa. Apabila suhu badan kanak-kanak mencecah 40 darjah Celsius, organ-organ dalaman ditutup, dan pada 41.6 darjah Celsius, kanak-kanak itu boleh mati.

Menurut Ahmad Mahyuddin Mohamed, Ortopedik dan Traumatologi perunding di Hospital Shah Sultan Haji Ahmad di Temerloh, tidak ada jaminan bahawa strok haba boleh dicegah dengan tingkap sedikit dibuka dan meninggalkan penghawa dingin di dalam kereta statik. Kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bersendirian di dalam kereta walaupun untuk satu minit. Haba boleh menyebabkan berpeluh, dehidrasi, sawan, otak dan kerosakan organ, dan akhirnya kematian.

Hanya menonton video di bawah sebagai contoh untuk melihat apa yang berlaku apabila seorang ibu sibuk meninggalkan anak lelakinya di dalam kereta. Video ini dikatakan sebagai lakonan semula, tetapi apa yang berlaku boleh menjadi amat nyata.


klik sini untuk tonton video

 
Ibu dalam video ini kelihatan benar-benar biasa, dan rutin beliau boleh mencerminkan bahawa mana-mana satu daripada kita juga mungkin melakukan perkara sama. Ya, ia boleh berlaku kepada mana-mana satu daripada kita. Menurut statistik di Amerika Syarikat, hanya kira-kira 10% daripada haba kematian strok berkaitan kanak-kanak melibatkan pengabaian atau penyalahgunaan dadah oleh penjaga.

Majoriti kes-kes yang berlaku apabila ibu bapa yang penyayang terganggu dari rutin mereka dan mereka tidak sedar bahawa kanak-kanak itu bersama mereka, yang betul-betul seperti apa yang berlaku di Subang Jaya. Ibu kanak-kanak itu dikatakan terlupa untuk menghantar kanak-kanak malang itu ke rumah asuhan kerana beliau bergegas untuk ke mesyuarat.

Jadual sibuk kita, digabungkan dengan kecenderungan kita untuk meletakkan kerusi anak-anak kita tidur di belakang kereta (kerana itulah di mana tempat duduk kanak-kanak biasanya dipasang), boleh menyebabkan kita lupa bahawa kita membawa kargo berharga dalam kabin kereta kita.

Selain daripada mencuba yang terbaik untuk ingat, kaedah lain yang boleh kita gunakan untuk memastikan bahawa kita tidak lupa tentang bayi kita yang sedang tidur adalah dengan meletakkan barang-barang (yang anda perlu ambil sekiranya anda meninggalkan kereta anda) di belakang dengan kanak-kanak. Ini boleh menjadi beg tangan anda, sebagai contoh, dan anda boleh meletakkannya di atas lantai di kawasan yang selamat, jadi anda terpaksa pergi ke belakang kereta apabila anda mahu meninggalkannya.




Thursday 23 May 2013

White Coffee with ♥♥♥

Assalamualaikum..

Ha, harini tetiba rajin lak nak update bloq. Rasa semangat semacam je. Al-maklumlah dapat pujian dari en. suami tercinta.. hehe (blushing)

En.suami korang suka minum Nescafe atau White Coffee tak?? Ai ada resepi KASIH SAYANG nak share dengan u all..hikhik.. Resepi kacang je ni. Mungkin korang pon pernah buat.

Haritu, en.suami beli White Coffee & susu Marigold HL. 
Masa en.suami kesayangan minta buatkan air untuk dia, tetiba *TING* keluar satu idea. Nekad nak cuba. Sebelum hantar air kepada en.suami, aku rasa lah dulu. Erm, macam best jer. Hehe.

Hasilnya:-

Suami: Erm, bestnya bau aroma white coffee ni. (Suami pun rasa seteguk).
(Diam seketika) Lain je rasa coffee nie.
Isteri: Glupp.. Alamak, mampus la aku. (Cuak, kot-kot sedap di tekak aku je)
Suami: (Meneguk sekali lagi) SEDAP la yunk. Nape abang buat air tak rasa sedap mcm nie. Ada tambah pape ke dalam ni??
Isteri: (Senyum tersipu-sipu). Ada.. Tambah kasih sayang (blushing). Tulah, abang mane reti buat air. Macam mana nak sedap. Hehe
Suami: Nakal.. Buat air White Coffee Kasih Sayang secawan lagi untuk abang.
Isteri: (Tercengang. Cepatnya dia habiskan). ORAITT.. Rasa macam mana bang air tu? 
Suami: Best. Dahla aroma dia best tambah pulak dengan rasa lemak-lemak manis.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Ni lah White Coffee kegemaran e.suami ai.. Setakat ni, hanya 2 brand ni je yang pernah aku guna.



White Coffee (Hasil google)


Nak tahu apa yang aku tambah dalam air bancuhan tersebut???

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 

Ha, inilah dia susu MARIGOLD HL.. Susu kegemaran kami. Susu nie rasa lemak berkrim sangat.
Aku tambah sikit je dalam air bancuhan white coffee tu. Jangan taruk banyak sangat nanti aroma & rasa white coffee tu akan hilang. Letak sikit pun dah cukup. White Coffee korang akan rasa lemak berkrim.


Susu Marigold HL (Hasil google)



SELAMAT MENCUBA

Yummy (Hasil google)


En.suami asyik minta air White Coffee KASIH SAYANG jer. Malu lak bila dia minta bancuh air tu kat office. Ramai yang memandang bila nama tu kedengaran. Ai blushing.. Ai blushing lah..


Seronok bila hasil air tangan kita dihargai. Tambah-tambah dari seorang suami. Walaupun hanya secawan air White Coffee with ♥♥♥


Yang penting perasaan IKHLAS & KASIH SAYANG perlu ada bagi menambahkan lagi rasa SEDAP!!!











Thursday 18 April 2013

Persamaan Kami

Assalamualaikum


Eh, gambar kaki lak. Sweetkan gambar nie? Sesuai la untuk aku sebab bertiga..Hehe..


Lama betol tak update blog. Malas punya pasal. Banyak kisah yang nak dikongsikan bersama tetapi idea nak mengolah ayat tu tak datang menjelma. 

Tadi masa banyak free sebab baru je lepas submit tender. Horreyyy. Aku pun search la tarikh lahir kami bertiga (aku,suami & anak) dalam kalender Islam. Korang boleh check kat SINI

Hasilnya:-

1) Aku:
Tarikh Lahir : 09 Februari 1987 = 10 Jamadilakhir 1407 = Isnin

2) Suami:
Tarikh Lahir : 11 November 1988 = 29 Safar 1409 = Selasa

3) Anak:
Tarikh Lahir : 02 Mei 2012 = 10 Jamadilakhir 1433 = Rabu

Tengok..Cantik tersusun je kan hari kelahiran kami.. Turutan menaik lagi. Maybe next baby hari Khamis lak. Hehe..

Daannnn yang paling aku suka ialahhhh....

Tarikh lahir anak lelaki kesayangan aku sama dengan aku iaitu 10 Jamadilakhir. Suka..suka..

Sian kat papa dia takde persamaan dengan anak lelakinya kan?? Sebenarnya ada jugak. Suami & anak sama-sama dilahirkan pada tahun NAGA. Aku tahun arnab jer...

Eh, 21hb April 2013 nie bersamaan 10 Jamadilakhir lah.. Bolehlah kami celebrate birthday sama-sama. Apa kata kita celebrate birthday 2kali lak setahun. Barulah fair. Sambut birthday untuk kedua-dua kalender.

*Allah Maha Mengatahui, Allah Maha Menentukan*

Sekian..


Sunday 3 March 2013

Attitude

Assalamualaikum..


Lama betol tak update blog.. Aku ada nak share 1 cerita ngan korang.. Tengok tajuk kat atas tu "Attitude".. Apa kene mengena ngan attitude nie yer??

Ada la satu hari tu, aku jumpa ngan member aku.. Masa aku jumpa dia tu, muka dia masam mencuka jer.. Aku tanya la dia kenapa??

Aku = Hey, nape nie?
Minah (Bukan nama sebenar) = Aku geram betol ngan bos aku tu?
Aku = Nape pulak?
Minah = Eeeeee, geramnya akuuu!!!!!
Aku = Sabar-sabar.. Rilex rr.. Ce cite kat aku nape..
Minah = Bos aku tu, kalau dlm mesyuarat bukan main lg pesan kat pekerja dia soh jaga 'attitude'.. Jaga kebersihan.. Kononnya, kalau dia tengok habuk pon nak termuntah sebab dia tak suka habuk la.. Tak suka benda berdebu lah.. Tak suka kotor lah.. Dop bebel kat kitaorang pasal tak jaga kebersihan office..
Aku = Da tu, nape kau nak marah lak? Bagus la dia bagi nasihat cam tu..
Minah = Time mesyuarat sikit-sikit cakap pasal 'attitude'.. Sikit-sikit 'attitude'.. Attitude..Attitude..Attitude.. Macam BAGOS SANGAT 'ATTITUDE' dia.. Kau nak tahu nape aku geram??
Aku = Nak..
Minah = Bukan takat aku je.. Staff lain pon jijik taw..
Aku = Jijik?? Nape lak?? Apa bos kau buat..
Minah = Aku ingatkan yg siapa punya.. 2,3 kali gak la terserempak ngan aku.. First time staff laki yang nampak.. Tanya, ooii yang sape nie tak 'flush' betol-betol.. Memang tak de orang ngaku la sbb last masuk toilet petang tu ialah bos aku.. Takkan aku nak cakap bos aku yang BAIK PUNYA ATTITUDE tu yang buat kan?
Aku = Lepas tu?? (Excited nak dengar luahan hati Minah nie)
Minah = Isy.. geram tol aku.. Toilet ada 1 jer.. Terpaksalah aku masuk juga & flush yg dia punya.. Jijik ko taw.. Kalau setakat air kecik tu aku boleh sabor lagi.. Yang air kecik tu aku memang da taw lame dah yg dia tak kan flush @ siram dia punya air kuning tue..
Aku = (Glup-telan air liur tak selera dah nak jamah makanan depan aku tu)
Minah = Hari tu dah kena sekali.. Pagi tadi kena balik kau taw.. 
Aku = Aku tak taw..hehe
Minah = Kau janganla buat lawak.. Aku tengah geram nie..
Aku = Ok..ok..sambung cite kaw.. Serius aku nak dengar nie..
Minah = Dia tak flush betol-betol.. Ada lagi sisa air besar dia kat mangkuk tandas.. Pagi tadi pon sama.. Melekat-lekat lagi najis tu kat mangkuk tandas.. Da la kaler hitam.. Tak tahu berapa lama tak buang.. Eee, geram aku!!! Tak jadi aku nak membuang!!!
Aku = Yang kau siap mention-mention kaler najis dia tu buat ape?? Eee, tak lalu aku nak makan!!! Gelinya aku.. 
Minah = Hahahaha..betol, kisah benar nie.. Aku tak tipu.. Aku lagi geli sbb aku yang tengok.. Eeee, gelinya aku.. Sbb tu aku tak order makanan sbb aku tak lalu nak makan.. Hahaha
Aku = Ee, kau nie.. Mual aku nak makan (terus tolak nasi ke tepi)..

Apa pandangan korang tentang sikap manusia seperti itu?? Sedarkah attitude sebenar diri kita??

Atau ini yang DIA FIKIRKAN??



Apa pandangan korang??

Kisah benar..





Thursday 3 January 2013

Sweet Muslimah Lagi

Assalamualaikum..

Hari tu ada post tentang baju dari sweet muslimah.. Hari nie pun nak post tentang baju dari sweet muslimah lak..hehe..

Hari nie, aku beli 2 helai lagi baju dari sweetmuslimah.. Hari tue pun 2 helai gak.. So, aku da borong baju ngan sweetmuslimah nie dah 4 helai.. Koleksi akan ditambah untuk next month..Insyaallah..

Memang puas hati lah pakai.. Selesa sangat.. Kain dia pun best.. Korang cuba lah beli satu.. Try pakai.. Pasti korang akan jadi sweet muslimah.. Betol, tak caye cubalah dulu..

En. Husban aku pun suka tengok aku pakai baju sopan camginih.. Dia lak rasa segan nak jalan ngan aku sebab pakaian aku sopan sangat.. Huk..huk..malulah..(blushing)

Jom tengok baju yang aku order kali nie cantik ke tak.. Sweet ke tak..

Pasti sweet kan kalau aku pakai baju nie nanti..Hahaha..
Oren + coklat.. Memang suka warna baju nie..


Sweet..sweet..
Hitam + merah.. Cool gitu.. Tak sabar nak pakai..


Azam 2013: 
~Ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini..(Taat kepada Allah)..Insyaallah..
~Munasabah diri sebaik mungkin..Insyaallah..
~Jadi wife yang taat kepada suaminya (Mohd Fairul Bin Abdul Ghani)..
~Mencorakkan sikap anak & bakal anak-anak dengan sebaik mungkin (dengan corak yang cantik)..Insyaallah..
~Berusaha untuk memajukan ekonomi rumahtangga/keluarga (bukak bisness)..Insyaallah..



*Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..*