Pages

Followers

Wednesday 21 December 2011

Ragam Ibu Mengandung

Assalamualaikum..

Petang nie, tetiba je rajin nak ber'blogger' dan tetiba je terfikir tajuk ''ragam ibu mengandung''..Nie nk cerita pengalaman aku sendiri..Tak nak amek tau ragam orang lain macam mana okey..Nukilan nie sesuai untuk tatapan para 'wanita/perempuan' okey..Kalau korang lain dari jantina yang aku sebutkan tue, terpulanglah samada nak teruskan baca atau tak..

Ok, masuk topik utama kita ''ragam ibu mengandung''..Banyak ragam ke?? Kalau korang nak tau, memang banyak..Tak kiralah dari segi fizikal & juga mental..Banyak perubahan akan berlaku terutamanya dari segi fizikal (tubuh badan)..Tak perlulah cerita detail sangat okey..

Episode 1: Awal kehamilan (1-3 bulan):-
Dah dapat agak dari awal coz period dah lewat 3 hari..Selalunya tak macam tue..Date datang period memang penting..So, tiap-tiap bulan mestilah kena catit date pertama datang period tue..Mula-mula, aku sesaje je beli 'pregnancy test kid' kat pharmacy.. Gatal nak cube-cube test..Time test (urine test) tue, tak sampai 2 minit pun dan berbalang 2 line kat situ (positive)..Aku macam tak caye jer..Yelah sebab tak de tanda-tanda mengandung lagi (morning sickness & etc) cuma 'miss period -/+ 3 days' jew..Perasaan time tue?? Mestilah 'hepy' sesangat..Syukur Alhamdulillah:)

Dalam 2 minggu 'miss period' aku dah mula mengalami 'morning sickness'..Tapi tak lah teruk..Biasa-biasa jew..Time tue, perut tak leh kosong, kalau tak mesti nak 'uwek-uwek'..Tak kiralah di mana jua aku berada..Jadi time nie, aku mesti amek 'breakfast, lunch & dinner' tak kiralah walau roti sekeping sekali pun..Asalkan tak 'uwek-uwek'..Walaupun perut tak leh kosong, tapi time nie memang takde selera langsung..Kalau nasi memang payah nak masuk mulut..Bukan loya @ bagai, tapi memang tahap tak selera sangat-sangat..So, suami cari alternative lain supaya aku makan..So, time nie aku pau suami belanja makan kat luar lah (takpe, anak dia gak kan)..Hehe..Makan roti, roti canai, western food & biskut je..Alhamdulillah, aku tak mengalami 'morning sickness' yang teruk coz aku & suami jaga waktu makan aku dengan sebaiknya..Kalau tidak, bukan setakat 'morning sickness' jew tapi 'afternoon, evening & night sickness' pun aku leh dapat..

Time awal-awal kehamilan nie gak, aku mengalami simptom mengantuk..Alahai, memang mengantuk..Time aku dop menaip depan komputer cam gini pun, aku leh tertidur..Memang tak perasan bila terlelap..'Swear' ada gak dalam 5-6 kali aku tertidur depan komputer & time isi tender..Nasib baik takde orang kat office time tue..Dalam 10-20 minit gitu aku terlelap..Waktu pagi je cam gini..Petang ok..Malam lagi tak apa-apa..Time telefon office berdering, aku terkejut..Rupanya aku tertidur..Bahaya tol kan?? Tapi tak lama, bila usia kandungan mencecah -/+ 2 bulan, takde dah simptom mengantuk tue..Aku juga mengalami simptom kepenatan yang amat..Asik gi kerja ngan rasa tidak bermaya..

Lama-kelamaan, banyak perubahan yang berlaku..Selalu tanya suami "Eh, nape cam gini erk?..Dulu gini tak?"..Tanya cam tue coz rasa lain sangat & nampak berbeza dari dulu..Contoh yang terbanyak ialah dari segi fizikal (tubuh badan)..Tak perlulah cerita detail ye..Ha, aku juga mengalami sikap malas..Bukan semua aku malas buat..Nak tau aku malas bab apa?? Aku malas sangat-sangat nak iron baju..Tak kiralah baju aku or suami..So, time basuh baju, aku pastikan baju yang dibilas tadi di sangkut dengan hanger @ aku sepit betol-betol kat ampaian..Kalau baju kurung aku berkedut cikit-cikit tue, aku main belasah je pakai cam tu tanpa di iron..Kalau tudung tue, confirm lah aku pakai tudung express..Haha..Lagi, aku malas nak solek-solek muka aku nie..Taruk bedak, dah siap..Tanpa lip balm/lipstick bagai..Perfume tue aku pakai la..

Perasaan sensitive?? Ada gak, tapi tak lah teruk sangat pun..Biasa-biasa jew..Takde nak marah sesuka hati @ merajuk sesuka hati..Aku gak suka sangat makan seafood..Kalau ikan bakar ke, sotong & udang celup tepung ke, mesti aku makan tak tinggal saki-baki dalam pinggan aku taw..Memang selera..Berat badan?? Tak tau la coz sejak mengandung aku tak pernah timbang lagi..Last aku timbang aku punye berat badan kat gym UiTM Sri Iskandar..Time tue 42kg jew..Sekarang nie tak tau lah..Nanti aku inform balik bila aku gi timbang yer..Bila aku tanya suami "saya gemuk tak bang??" Nak tau pe yang dia jawab "Eleh, kurus-kering..Perasan nak tanya gemuk ke tak..Kena makan banyak-banyak lagi"..Ada ke dia cakap aku kurus kering..Tak pe-tak pe..

Nie pic aku yang terbaru..Usia kandungan 4 bulan..
Saje wat termenung..Hehe..

Tak mekup pape pun..Kalau leh, bedak pun malas nak taruk..

Nie lah perut ku..Baby usia 4 bulan dah..Kecik ke besar?? Hehe..

Sempat posing lak..Komen lah cikit..Gemuk ke, kurus ke @ pape jelah..Hehe..

Usia kandungan dah mencecah 4 bulan..Tengan bulan Januari tahun 2012 nie, dah masuk 5 bulan..Tak lame dah tue kan?? Cepat je masa berlalu..Due date bulan Mei 2012 nie..Sekarang nie, dah dapat merasa pergerakan baby cikit-cikit time 'dia terjaga'..Nak tau nape aku cakap cam tue?? Ibaratkan baby lam perut aku nie, tido siang malam terjaga..Sebab bila je masuk waktu magrib, dia akan gerak-gerak dalam tue..Mulalah aku rasa sakit perut cikit-cikit..Siang hari elok je aku bekerja sebab baby dop diam-diam je..Tak nakal-nakal cam malam hari..Mungkin dia tahu yang ibu nya sibuk bekerja untuk cari rezeki untuk dia nanti..So, aku selalulah belai-belai perut aku pada malam hari coz dia bangun pada waktu itu..Bahagia rasa..Ada suami, bakal timang anak..Jantina?? Belum tahu lagi..Tapi ramai yang mengatakan yang aku mengandungkan anak lelaki..Aku & suami tak kisah..Asalkan anak kami selamat dilahirkan dan semoga menjadi anak yang soleh/solehan nanti..
AMIN..


Monday 19 December 2011

Membeli-belah Di Munduk, Thailand.

Assalamulaikum pembuka bicara..

Hai korang..Penah gi Munduk tak?? Aku pun baru je dapat merasa pergi sana Jumaat lepas..Seronok..Nak tau apa yang ada kat sana?? Meh, nak ceritakan cikit pengalaman aku ke sana..

Punyer lah teruja nak gi sana..Sampai tanya suami berkali-kali "Jadi tak kite gi Munduk minggu nie??"..Naik rimas suami aku nak jawab soalan yang sama jew & sampai aku cakap kat suami "Hujan ke, tak hujan ke, kite kena gi jugak taw..Kalau tak, saya nangisla.." Sampai camtu sekali teruja nak gi sana kan?? Tak tau la nie 'pembawakan budak' atau ibu dia sendiri yang beria-ria nak gi sana..Walaupun tengah berbadan dua, masih nak gi jalan-jalan lagi kan??

Pagi Jumaat lepas, memang semangat sangat..Baju dah 'iron' malam sebelumnya lagi..Dah 'prepare' semua awal-awal lagi..Kena gi pagi taw..Kalau tak, tak de 'parking' la jawabnya..Dalam pukul 10 lebih, sampaila aku ke sana..Nie 'first time' aku ngan suami ke sana taw..Nasib baek tak 'makan buah langsat'..Jumpa juga akhirnya tempat tue..Time tue, hujan rintik-rintik & paras air sungai golok pun naik cikit..Tapi tak merbahaya..Kat seberang Tumpat & seberang Munduk, ada askar negara masing-masing yang jaga..
Nak ke Munduk, kenalah menyeberang Sungai Golok dengan perahu..Bayaran yang dikenakan RM 1.00 (one way) hehe..Dekat je..tak sampai seminit, dah sampai ke seberang..

Munduk, Thailand..

Walaupun cuaca kurang baik, punyelah ramai orang ke sana..Berpusu-pusu masuk ke sana..Tak perlu passport pun..Disebabkan nie 'first time' ke sana so, aku ngan suami 'survey' dulu lah tempat nie..Usyar-usyar apa yang ada & apa yang berkenan..Nak tau harganye?? Memang murah..Memang puah hati..Tak caye, cubalah sendiri..Kami tak sempat 'snap pic' pun sebab tangan penuh beg plastik barang-barang kami..

Apa yang aku beli kat sana?? Nak taw?? Jom ikuti senarai nie:-

Aku:
1- Long skirt (RM 18.00-selepas tawar-menawar) Aku beli dua helai sebab cantik..Kat Kota Bharu (RM 25.00-selepas tawar-menawar)
2- Baju Kemeja (RM 15.00-selepas tawar-menawar) Aku beli dua helai sebab baju nie suami yang pilih..Kat Kota Bharu (RM 25.00-selepas tawar-menawar)
3- Tudung express..Kat tempat yang berlainan..3 helai semua..Ikut cita-rasa (RM 5.00)..(RM 10.00)..(RM 13.00)..Kalau jenis tudung yang aku beli nie, kat Kota Bharu (RM 18.00-RM 28.00)..
4- Bakul plastik serbaguna untuk baby (RM 12.00-selepas tawar-menawar)..Beli sebab nak isi barang-barang yang dibeli..Nanti senang nak angkat bawa naik kat atas perahu..Suami yang kena bawa..Hehe..Kat Kota Bharu (RM 18.00)..

Suami:
1- Madu lebah yang baru diperah madunya depan kami (RM 20.00/sebotol)..Suami beli dua botol dapat RM 32.00..Kat Kota Bharu tak taw lah sebab tak pernah beli..
2- Baju jenama pe ntah..Tak ingat..Memang bukan ori tapi 'not bad' la..(RM 20.00-selepas tawar-menawar)..Suami beli dua..Sebab kain dia lembut & sejuk..Sedap pakai katanya..Kat Kota Bharu (RM 50.00-selepas tawar-menawar)
3- Buah mangga/pauh (RM 10.00 untuk 3kg)..Kat Kota Bharu (RM 5.00/kg-tue pun paling murah)

Murah-murah kan?? Memang puas hati..Tue pun kami tak sempat gi semua kedai kat Munduk tue..Macam-macam ada..Banyak lagi..Jenuh tangan nie kalau nak sebut semua..Harga kat sana dalam RM 1.00-RM 100.00 jew..Ada makcik-makcik yang beli kuali besar, bantal, tong sampah, perabut pun ada..Kalau perabut tue kena hantar guna lori la..Macam-macam ragam leh tengok kalau gi sana..Kalau nak gi sana, tak payah la nak bawak budak kecik..Hilang susah nak jumpa..Ramai sangat orang..Pastu bahaya kalau budak-budak hulur tangan lam air time nak perahu..Nanti jatuh dalam air..Memang susah nak kawal sebab ramai orang..
Ape pun, aku merangcang nak gi ke sana lagi awal tahun depan..Lepas musim tengkujuh/boh nie nanti..Bestnye..Tak sabar nak borong-borong kat sana..Nak gi beli bunga lak..Wat hiasan dalam rumah nanti..Harganye?? Memang lumayan poket aku..Haha..Tak nak beli dah bunga kat Kota Bharu..Mahal..Selamatla poket aku nanti dapat borong barang murah yang berkali-kali ganda murah kat sana.. Jom gi sane..Tapi tak leh beli sesuka hati..Askar, UPP & Kastam ada jaga kat sana taw..








Monday 28 November 2011

Kegembiraan Seorang Bakal Ibu

Assalamualaikum..Di pagi ini aku ingin meluangkan sedikit masa untuk mengarang..Hehe..Almaklumlah dah lame tak mengarang dalam blog nie..Rasanya belum terlambat lagi aku ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Maal Hijrah bagi kaum yang beragama Islam sekalian..Di tahun baru nie, mesti korang mempunyai azam baru kan?? Baguslah..Azam tu sangat penting dalam kehidupan selagi kita bernyawa..Cewah, berfalsafah pula!

Okey, kembali kepada topik yang nak dikarang..Kegembiraan seorang bakal ibu :) Sangat gembirakah?? Yup, excited sesangat!! Sesiapa yang pernah melalui saat ini mesti dia tahu betapa gembiranya, betapa bersyukurnya dia kepada Illahi kerana mengurniakan 'cahaya mata' kepada dia & suami tercinta..Adakah seorang bakal bapa akan gembira seperti bakal ibu tadi?? Jawapannya...tidaklah ditunjukkan secara sepenuhnya oleh seorang bakal bapa..'Cool' gitu kan..Just senyum meleret sahaja & usap-usap perut isterinya..Tidak seperti isterinya yang jelas ternyata perasaan gembiranya itu..Hehe..Biasalah tu kan..Kepada bakal ibu yang 'first time' cam aku nie, mesti korang pun camtukan??

Setelah selamat mendirikan masjid pada 29hb. Mei 2011 yang lalu, aku disahkan berbadan dua..Alhamdulillah, syukur sangat-sangat..Tak sangka Allah S.W.T. mengurniakan rezeki kepada kami secepat ini..Usia kandunganku dah mencecah 3 bulan lebih dah :) Semasa diawal perkahwinan, kami merancang tak mahukan anak dalam tempoh terdekat nie..Almaklumlah perbelanjaan kami habis buat persiapan kahwin dulu sebab kami guna duit sendiri time buat persiapan kahwin tue..Ibubapa kami hanya tambah yang mana tak cukup je..Majlis buat sederhana je..Ikut kemampuan..Tapi Allah S.W.T. itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..Kita hanya mampu merancang, malah Allah S.W.T. jua yang menentukannya..

  Inilah gambar anakku..Cahaya mata hatiku..Comelkan :)

Time scan, teruja sangat dapat tengok 'baby' dalam perut..Alhamdulillah, keadaan 'baby' sempurna..Semuanya telah terbentuk..Cuma jantinanya saje belum tahu..Teruja sangat dapat tengok 'baby' gerak-gerak..Aktif sangat..Tangan & kakinya tak leh dop diam..Asyik gerak je..Dalam usia 3 bulan nie, si ibu tak dapat merasa pergerakan 'baby' lagi..Sebab 'baby' kecik lagi..Besar segenggam tangan je..Cutekan?? Geram lak bila tengok 'baby' sendiri..Tak sabar-sabar nak tengok 'baby'..Si suami lak, bila doktor panggil untuk tengok 'baby' time tengah scan, malu-malu lak dia..Hehe..Ternyata time suami tengok anaknya bergerak-gerak dalam perut isterinya, dia pun sangat teruja tapi masih 'cool'..Hehe..

Semoga anak kami membesar dengan sihat & selamat dilahirkan kelak..Semoga anak kami ini menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi penyeri dalam rumahtangga kami kelak..Sememangnya aku akui, hidup berumahtangga bukannya mudah..Banyak dugaan yang diduga oleh Allah S.W.T..Tapi aku yakin, setiap dugaan itu ada hikmahnya..
Sekian sahaja untuk kali ini..






Sunday 24 July 2011

Raja Sehari

Pada 29hb. Mei 2011, sesi petang:- Majlis Raja Sehari ~Nor Hasliza & Mohd Fairul~
Hari nie jew boley jd 'Raja Sehari'


Akad Nikah

Pada 29hb. Mei 2011 (Ahad-25 Jamadilakhir 1432H), maka dengan keizinan Allah S.W.T. serta jodoh yang dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa, dengan ini mengisytiharkan bahawa aku sudah bergelar isteri kepada Mohd Fairul Bin Abdul Ghani (",)(",)

Buat tontonan para sahabat:-


*Sempat posing sebelum majlis akad nikah*
*Sempat gayut..Last time untuk zaman bujang*
*Bagaimanakah perasaan suami ketika ini?? Gementar, cemas atau cool aje??8
*Dengan sekali lafaz, maka sah lah hubungan kami sebagai suami isteri*

*Doa seorang suami untuk isterinya*
*Amin..*
*Sain..Jangan x sain*

*Giliran si suami lak..Sain bang..Sain besar2 cikit*
*Giliran si isteri yang comel lak..hak..hak..Perasan toi..Tenyeh kuat2 cikit~Hati gumbira kan~*

*Tak yah la nak mekup tebal2..Neutral beauty sudeh..hehe*
*Bila cincin disarung ke jari manisku*

*First time salam tangan suami..Kena ingat nih*
*Giliran suami lak*
 *Tahukan anda, bila suami memeluk, si isteri perlu cium pipi kanan & kiri si suami,kemudia si suami perlu mengucup dahi si isteri?? Ia boleh memusnahkan iblis & syaitan~dari ustaz kursus kahwin~*


Dah, jom balik..Dah selesai dah pun..Jom..Jom..Petang nanti majlis kenduri lak..




Thursday 24 February 2011

Pembuka Bicara

Assalamualaikum pembuka bicara..Semoga kwn sekalian chat sejahtera..

Utk kali pertama dlm entri blog nie, cik ja xtaw nk post tentang ape..Nie pun atas desakan kwn2, jd cik ja 'try' la entri blogger nie n 'try' post kat cnie..

Itu sahaja bt kali pertama dan pembuka bicara untuk hari nie..

Sekian..