Pages

Followers

Thursday 18 April 2013

Persamaan Kami

Assalamualaikum


Eh, gambar kaki lak. Sweetkan gambar nie? Sesuai la untuk aku sebab bertiga..Hehe..


Lama betol tak update blog. Malas punya pasal. Banyak kisah yang nak dikongsikan bersama tetapi idea nak mengolah ayat tu tak datang menjelma. 

Tadi masa banyak free sebab baru je lepas submit tender. Horreyyy. Aku pun search la tarikh lahir kami bertiga (aku,suami & anak) dalam kalender Islam. Korang boleh check kat SINI

Hasilnya:-

1) Aku:
Tarikh Lahir : 09 Februari 1987 = 10 Jamadilakhir 1407 = Isnin

2) Suami:
Tarikh Lahir : 11 November 1988 = 29 Safar 1409 = Selasa

3) Anak:
Tarikh Lahir : 02 Mei 2012 = 10 Jamadilakhir 1433 = Rabu

Tengok..Cantik tersusun je kan hari kelahiran kami.. Turutan menaik lagi. Maybe next baby hari Khamis lak. Hehe..

Daannnn yang paling aku suka ialahhhh....

Tarikh lahir anak lelaki kesayangan aku sama dengan aku iaitu 10 Jamadilakhir. Suka..suka..

Sian kat papa dia takde persamaan dengan anak lelakinya kan?? Sebenarnya ada jugak. Suami & anak sama-sama dilahirkan pada tahun NAGA. Aku tahun arnab jer...

Eh, 21hb April 2013 nie bersamaan 10 Jamadilakhir lah.. Bolehlah kami celebrate birthday sama-sama. Apa kata kita celebrate birthday 2kali lak setahun. Barulah fair. Sambut birthday untuk kedua-dua kalender.

*Allah Maha Mengatahui, Allah Maha Menentukan*

Sekian..