Pages

Followers

Wednesday 29 August 2012

Raya 2012

Assalamualaikum..

Kita masih lagi berada di bulan Syawal. Rasanya belum terlambat aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"..

Sebelum aku siapkan tender & fokus kepada kerja sepenuhnya sebab ada banyak tender kena submit nanti (huh, pening kepala fikir pasal tender!!) , so aku nak mengarang sikit..Hehe. Kalau tak, tak boleh nak fokus kepada kerja..

19/08/2012 (Hari Raya Pertama at Peringat)

Sweetnya anak ummie pakai baju melayu warna pink gitu. Sebenarnya tak rancang pun tema baju raya tahun nie. Kebetulan semasa cari baju melayu untuk Aisy, warna nie je yang tinggal. Ada lagi warna lain tapi tak berkenan. Disebabkan aku terbeli baju melayu warna pink kat Aisy, jadi papa & ummie tak perlu beli baju baru sebab papa & ummie dah ada baju warna pink. So, tak membazir. Pakai je baju yang mana ada :)
 

 Aisy bersama papa nya. Suka sangat kalau papa dia yang dukung sebab papa dia yang selalu dukung Aisy. Aku tak larat nak dukung. Anak ummie berat la. Lenguh tangan ummie dukung Aisy. Kesian kat ummie. Badan dahla sekeping. Huhu..


Kita duduk jela ye Aisy. Biar papa tolong ambil gambar. Rasa rugi lak sebab tak berkesempatan nak ambil gambar bertiga. Time ni takde orang kat rumah. Semua pakat pergi beraya. So, ambil gambar sesama sendirilah. Tak leh tunggu lama-lama, nanti Aisy panas dia akan menangis. Kesian anak ummie kena paksa pakai baju melayu. Huhu..


Kan ummie da cakap. Mesti baju melayu tak leh nak pakai sampai ke petang punya. Nie pukul 11 pagi dah merengek minta buka baju dia. So Aisy pakai seluar je lah yer. Hehe..


20/08/2012 (Hari Raya Kedua at Bachok)

Sebelum mandi, Aisy ditemani bantal ikan & knick knack knobs nya.


Hensem nya anak ummie pakai baju raya.


Nape anak ummie tak ceria & monyok je nie?? Ummie lak yang terlebih senyum.


Aaiii... Lain macam je nie anak ummie. Dah panas ke?? Baru je ummie syok nak posing dengan Aisy..

Beberapa minit kemuadian...

Uuuuwwwaaaaa.. Aisy sudah mengeluarkan suaranya yang lantang & kuat. Ummie mula lah kalut menenangkan Aisy. Huhu..


Akhirnya terpaksalah tenangkan dan tidurkan Aisy dalam buai. Baju pun tak sempat nak tanggal sebab dia mengamuk sakan hari tue. So, ummie buka butang jelah. Huhu.. Tertidur sudah anak ummie nie..


22/08/2012 (Hari Raya Keempat at Bachok)

Ummie..Papa.. Tengoklah Aisy dah pandai meniarap nie.. Yey..Yey..
(Hari pertama Aisy pandai meniarap)


Sunday 12 August 2012

Baju Raya Aisy

Ramadhan kian berlabuh meninggalkan kita. Semoga diberi kesempatan untuk bersua dengan Ramadhan akan datang pada tahun yang seterusnya. Bila Ramadhan berlabuh pergi, Syawal akan menjelma tiba. Pada bulan Syawal ni lah kanak-kanak yang paling gembira sebab boleh berhari raya & dapat duit raya yang banyak. Aku jugak yang pokai nanti jadi mangsa adik-adikku di rumah..Hehe..(Pemberian haruslah ikhlas..Jangan risau, rezeki akan datang kembali kepada kita)..

Nak kata anak aku yang happy bila tiba Syawal ni, tak jugak sebab baby baru je 3 bulan lebih. Kecik lagi. Manalah nak mengerti erti berhari raya lagi. Maknanya ummie dia lah yang happy bila tiba Syawal nanti. Hehe..Nak kata papa dia, lagi lah tak mengerti erti raya tahun nie. Pokai lah tu duit kena kebas dekat wife dia..Huhu.. Ala, bila lagi kan?? Duit suami kan duit isteri jua. Manakala duit isteri tetap duit isteri. Bab kata Ustaz Azhar Idrus "Tok laki jong cari, bini jong perabis". Ala, untuk beli pakaian raya anak dia jugak.

Yang paling excited ialah semasa beli baju raya untuk Aisy. Ni kali pertama Aisy akan menyambut hari raya. Mestilah berkobar-kobar beli baju raya untuk Aisy walaupun Aisy tak kisah kalau berbaju buruk sekalipun sebab dia belum mengerti apa-apa. Ummie nya pulak yang lebih-lebih. Ummie takde baju raya pun takpe asal anaknya ada baju raya yang cantik-cantik. Ummie nak tengok Aisy segak bergaya nanti raya nie.

Kalau pergi shopping, mesti berlambak-lambak pakaian baby girl. Banyak pilihan lak tu. Baby boy ni takde pilihan sangat. Design pun tak leh nak pilih-pilih sangat. Harga lak berganda sikit daripada pakaian girl. Jenuh aku dok memilih baju raya untuk Aisy. Sehari suntuk aku shopping. Nasib baik tak pergi ngan hubby. Kalau tak mesti kena tinggal sebab lama sangat dok shopping. Aku drive sendiri. Aku ajak kakak ipar & adik ipar yang temankan memandangkan diaorang pun nak shopping baju raya gak. Jem pun aku sanggup pergi. Kena parking kereta jauh lak tu sebab parking penuh. Dahla puasa, kena jalan jauh lak tu. Kering tekak tak payah cerita ler. Pandai carik, pandai tanggung ler kan??

Sebenarnya membazir je beli baju raya banyak-banyak kat baby ni. Kejap je leh pakai dalam sebulan dua sebab baby cepat besor. Tak berbaloi-baloi lah beli mahal-mahal tapi dapat pakai sekali dua jer. Tapi disebabkan nafsu nak bershopping baju raya untuk anak tak dapat nak dibendung lagi, kira aku berpuas hati sangatlah menunaikan nafsu tamak haloba aku tu walaupun di bulan puasa ni. Aku belilah dua pasang. sepasang baju melayu (hai, baru 3 bulan dah nak pakaikan baju melayu) & sepasang lagi baju kemeja dengan seluar jeans. Harga tiap satu tak payah cakap lah. Baju baby kecik secoet macam ni pun lagik mahal dari baju orang dewasa. Mak ai. Balik nanti confirm kena bebel kat hubby. Lantaklah. Dah terbeli nak buat macam mana. Huhu..

*Sekadar gambar hiasan*


Balik shopping tue, memang kena perli ayat panas-panas lah. Mentang-mentang lah dia kena jaga baby lama sikit hari tu. Cakap lenguhlah, penatlah, gi shopping tak ingat dunia la. Ala, bukan pergi lama pon. Bertolak pukul 9.00 pg, pukul 4.00 ptg dah sampai rumah. Aku tersengih-sengih cam kerang busuk jelah. Ingat dah habes bebel & perli-perli. Hubby gi bukak plastik barang-barang yang aku beli tu lak. Addoii.. Tak sempat nak sorok. Membebel mengalahkan perempuan lak dia. Huhu.. "Amboi-amboi bershopping sakan yer. Banyaknya beli barang..Aaiii..penimbang berat badan pon beli?? Nape tak beli je bangunan tue sekali?? Nanti senang lah sikit..Apa yang nak semua ada kan??" Adus, panasnya telingaku. Taik telinga dah cair nih. Tak sempat nak sorok penimbang tue. Ala, beli pun sebab nak kawal berat badan untuk dia gak. Paling aku hangin, last-last dia gak yang guna penimbang tu. Hari-hari lak tu naik atas penimbang aku. Terover lak pulak dari si pemunya..Ggggrrrrr. Sabor jelah..

*Sekadar gambar hiasan*

Nasib baik lah elaun aku tak kena tarik sebab shopping sakan & shopping bukan-bukan hari tu.. Huhu..
Selamat Hari Raya!!!

Tanda-tanda Mengandungkan Anak Lelaki

Pasti ibu-ibu di luar sana tercari-cari apakah tanda-tanda kita sedang mengandungkan anak lelaki atau perempuan kan? Masa aku sedang mengandung dulu, selalu search "Apakah tanda-tanda mengandungkan anak lelaki/perempuan?''. Sekarang ni, tibalah giliranku untuk berkongsi dengan anda pengalaman ku semasa mengandungkan anak lelaki. 

*Amaran: Jangan terlalu mengharap, nanti kecewa bila tak dapat apa yang kita hajatkan. Tak kisah lelaki atau perempuan, anak itukan tetap anak kita. Apa yang penting ialah anak yang dikandung sihat dan sempurna. Berdoalah kepada Allah semoga apa yang kita hajati menjadi kenyataan.
Selamat Meneka (hanya untuk suka-suka je taw)! 

Kandungan 9 Bulan ~ngehehe~


 1) Kurang alahan semasa di trimester pertama. Hanya mual semasa memberus gigi & ketika perut kosong.
2) Kurang selera makan semasa di trimester pertama. Majoriti kebanyakan ibu kurang selera makan di trimester ini.
3) Mudah mengantuk pada waktul pagi semasa di trimester pertama. Pernah tertidur semasa menaip di depan komputer. Simptom ini tak lama. Dalam sebulan awal kehamilan je.
4) Tak suka meckup. Memang jenis tak berapa meckup pun. Tapi time ni, bedak muka & lips balm pun malas nak calit. Hanya pakai time ada event je.
5) Teramat lah malas nak iron baju. Huhuhu..
6) Suka minuman yang berais. Lagi-lagi milo ais.
7) Suka sangat-sangat makan ais krim. Tak kira apa jua perisa. Janji ais krim.
8) Suka makan nasi berlauk seafood, daging & telur. Ayam kureng cikit time ni. Kalau ayam KFC suka lak.
9) Suka sangat-sangat makan udang & sotong celup tepung serta ikan bakar. Hubby selalu bawa pergi makan seafood dekat Zul Ikan Bakar, Besut. Memang mantap la makan kat sana. Berbaloi-baloi.
10) Suka makan burger. Bukan burger McD tapi burger kat gerai biasa je. Kalau order, mesti order 3 biji. 1 biji untuk hubby & 2 biji untuk aku. Kalau order 2 biji tu, maknanya just untuk aku sorang jelah. 2 biji sekali bantai..Huhu..(1 untuk aku, 1 untuk baby dalam perut..~ngehehe~)
11) Sangat tak suka kepada nasi kerabu. Kalau tengok atau ada bau nasi kerabu jauh-jauh lagi pun dah loya tekak aku. Apatah lagi kalau makan. Huh!! Kesian nasi kerabu itu yang tak bersalah. Padahal sebelum ini, nasi kerabulah makanan tradisiku. Bukan kerana budunya sebab time preggy boleh je makan nasi dengan telur cicah budu.
12) Tentu ramai ibu mengandung suka makan asam & mangga masam kan? Tapi tidak bagi aku. Asam aku makan sikit je time mula-mula mual/loya seminggu-dua preggy. Tu pun makan sekeping dua je.
13) Suka makan yang manis-manis. Contohnya coklat & jambu batu taruk asam manis tu. Suka juga pada buah yang warna merah. Contohnya epal merah, tembikai & delima. 
14) Boleh tengok gusti WWF tu. Kenapa aku cakap boleh tengok?? Sebabnya dulu aku langsung tak boleh tengok gusti. Bukan setakat tak minat je tapi rasa gerun tengok orang bertumbuk bagai macam tu. Time pregnant boleh je joint hubby tengok gusti tiap-tiap minggu. Siap joint tengok gusti ngn hubby dalam youtube lagi.
15. Seorang yang cergas kerana kurang mengalami masalah semasa pregnant. Boleh bekerja sehingga ke hari terakhir saat baby nak keluar. Tak sempat nak cuti pun.
16. Perut nampak lonjong. Tapi kadang-kadang nampak bulat. Keliru sikit bab-bab keadaan perut ni.
17. Semasa awal trimester, baby banyak gerak belah kiri. Tetapi semasa trimester kedua hingga ketiga, baby banyak gerak sebelah kanan. Malah lutut & sikunya dapat rasa dengan nyata di sebelah kanan bila sentuh dengan tangan.
18. Suka tidur mengiring sebelah kanan. Kalau tidur mengiring sebelah kiri rasa tak selesa je. Tapi semasa kandungan 8 bulan sehingga 9 bulan, tidur mengiring bergilir-gilir kerana kedua-dua belah pun dah rasa tak selesa.
19. Hati jadi semakin kuat & tabah. Tak mudah menangis melainkan perkara itu benar-benar buat hati jadi sedih.
20. Suka sangat-sangat tengok baby boy berbanding baby girl.
21. Ketika beli barang-barang baby, hati lebih cenderong untuk beli pakaian lelaki @ unisex. Rasa tak selamat beli pakaian ala perempuan/warna perempuan. Sentuh pun tak pakaian baby girl. Kalau pakaian baby boy, siap beli on9 lagi. Padahal tiap kali gi scan, mesti tak nampak dia punya gender. Baby selalu kepit. Hehe.
22. Yang paling penting ialah firasat hati ibu. Hati aku kuat mengatakan anak yang dikandung ini adalah baby boy walaupun ramai orang cakap aku mengandungkan baby girl. Tapi jangan terlalu mengharap, nanti kecewa bila tak dapat apa yang kita hajatkan. Berdoalah kepada Allah semoga apa yang kita rasa, apa yang kita hajatkan menjadi kenyataan.






Saturday 4 August 2012

Aisy Meragam

Cerita ni pun agak lapuk dan basi untuk dikongsi. Tapi aku tetap nak kongsi juga. Nak baca atau tak nak, terpulanglah kepada anda. Hehe.. 
Selamat Membaca!


Ni adalah my hero yang nakal tapi baik hati..~ngehehe~



22/06/2012 (Jumaat)

Pagi tu lepas mandi & breakfast, hubby punggah barang-barang yang dah aku packing  masuk dalam bonet kereta. Hari tu, hari ke-52 Aisy dilahirkan. Dah seminggu aku habis berpantang kat rumah ibuku di Bachok. Tiba masanya kami balik ke Peringat memandangkan seminggu lagi aku akan start masuk kerja. Hubby suruh maknya yang jaga Aisy. Aisy adalah cucu yang ketiga bagi keluarga mertuaku. Manakala cucu sulong bagi keluargaku.

Setibanya aku di rumah mertuaku di Peringat, kami disambut dengan meriah sekali walaupun keluarga mertua tak tahu kami akan balik hari itu. Mak saudara Aisy berebut-rebut nak tengok Aisy yang comel lote putih gebu ini (mak nya yang perasan lebih).

Cuaca di Peringat agak panas berbanding cuaca di Bachok. Kat kampung aku berangin sebab dekat dengan pantai. Nama kampungku pun dah Pantai Senak. Mestilah rumah aku berhampiran dengan pantai. Aisy agak gelisah bila duduk di Peringat kerana cuaca yang panas dan tiada angin pada hari itu. Mungkin dia tak dapat biasakan diri dengan cuaca di sana lagi. Aisy memang bertubuh agak "sihat". Sebab itu dia cepat berpeluh. Tengahari tu, Aisy tak dapat tidur nyenyak sebab panas. Hubby yang sedia maklum anak kesayangannya itu tido dalam buai pada waktu siang, hubby dah sediakan buai untuk Aisy tapi malangnya spring buai tu terlalu lama  tak digunakan. Jadi ianya tak berdenyut macam buai di rumah Tok Ma Senak. Kain buai pun takde, so aku guna kain sarungku sebagai buai Aisy. Aisy makin gelisah. Aisy merengek tak dapat tido dengan selesa. Aisy tak nak tido atas buai tu. Akhirnya Aisy tertido di atas riba Cik Long nya kerana terlalu mengantuk.

Pukul 4.00 petang tu, hubby ajak aku ke PKT Pasir Tumboh untuk beli spring & kain buai baru. Memandangkan Aisy masih tido di atas riba Cik Longnya, aku ikut hubby ke PKT. Selepas buat bayaran di kaunter bayaran, kami terus balik & gantikan spring dan kain buai yang baru untuk Aisy. Akhirnya Aisy dapat tidur lena atas buai. Hati kami lega.

Malam itu, pada awalnya Aisy elok je tengok Ummie & Papa mengagahnya. Aisy baru nak belajar senyum bila diagah. Lebih kurang pukul 9.30 malam, Aisy menangis. Aku sangka Aisy menangis nak tido. Aisy memang susah nak tido malam & kadang-kadang dia akan merengek. Tapi malam itu, Aisy menangis kuat. Aisy tak pernah menangis kuat sebegitu rupa. Aisy tak pernah menangis kuat walau sekali pun tapi malam itu sikap Aisy berlainan. Aisy menangis tak mahu berhenti. Puas aku & hubby pujuk, malah ibu mertua ku juga cuba memujuk namun semua tak berhasil. Aisy menangis makin kuat. Tok Bah pula membaca ayat-ayat suci Al-Quran kot-kot Aisy disampuk, namun juga tak berhasil. Tok Ma pula buka baju Aisy untuk sapu minyak YuYi kat perut kot-kot perut Aisy kembung, namun juga tak berhasil.  Aku ambil Aisy & cuba mengatip mendodoikannya. Akhirnya Aisy senyap & terlelap di pangkuanku. Tapi tak sampai 5 minit, Aisy terjaga & terus menangis macam tadi. Hati ibu & bapa mana yang sanggup tengok anaknya menangis sedemikian rupa. Aku tak henti-henti berdoa kepada Allah supaya anakku dilindungi oleh-Nya. Aku cuak, cemas & lemah tubuh badan melihat Aisy menangis sedemikain rupa. Aisy tak pernah begini.

Aisy berhenti menangis sekejap je bila dia lapar & diberi susu. Dia akan menangis semula selepas tu. Aisy menangis sampai keluar air mata. Matanya pejam & bengkak akibat menangis terlalu kuat & lama. Badannya lembik kerana tenaganya hilang dek menangis sekuat hati. Hatiku sayu. Aku berdoa kepada Allah. Aku baca doa Nabi Yunus berulang-ulang kali supaya dipermudahkan segala urusanku. Jam menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah malam. Aisy menangis semakin menjadi-jadi. Hubby bagitau aku nak bawa balik Aisy ke rumah Tok Ma Pantai Senak semula malam itu juga. Aku call ibuku lantas bagitau ibuku yang cucunya itu menangis & kami akan pulang sekarang. Hubby dah buat keputusan untuk balik ke Bachok semula. Hubby menyuruhku kemas barang-barang baby. Aku jadi kelam kabut. Tak tau nak kemas apa. Aisy ada dengan Tok Ma time tu.

Hubby keluar bilik segera bagitau ibu & ayahnya yang dia nak hantar Aisy balik ke Senak semula. Bila papa Aisy cakap macam tu, Aisy berhenti menangis serta merta. Hubby terus ambil barang-barang bawa masuk dalam bonet kereta. Aisy dah berhenti menangis. Pukul 12.10 am, kami terus bertolak ke Pantai Senak. Aisy kepenatan & tertidur di atas pangkuan  Tok Ma nya di site belakang. 

Lebih kurang pukul 12.30 am, kami sampai di rumah ibuku. Tok Ma Senak dah ready sambut kepulangan Aisy. Tok Ma Senak ambil Aisy daripada Tok Ma Peringat. Aisy terjaga dari tidurnya. Aisy tidak lagi menangis. Aisy senyap. Matanya bengkak. Aisy mula tidur lena di pangkuan Tok Ma Senak. Kami mula ceritakan apa yang berlaku kepada ibuku. Mungkin Aisy belum bersedia tinggal di Peringat (andai hatiku). Kami tak pasti apa yang membuatkan Aisy menangis sedemikian rupa. Aku bersyukur kepada Allah kerana memperkenankan doaku.

Sejak hubby hantar Aisy balik ke Pantai Senak semula, Aisy tidak lagi menangis macam tu lagi. Aisy kembali ok serta merta sehingga sekarang. Hubby suruh kami tinggal di Pantai Senak buat sementara waktu. Kejadian Aisy menangis macam tu sedikit sebanyak memberi kesan kepadaku. Hati ibu mana yang sanggup tengok anaknya sebegitu. Malam tu aku tak dapat tidur kerana berjaga untuk Aisy walaupun Aisy dah tidur lena. Sehingga ke hari ini aku agak fobia bila Aisy merengek walaupun dia hanya merengek nak susu. Hatiku mudah cemas.


Lahirnya Aisy Asyraf

Actually nak post pengalaman ni 2 bulan lepas lagi. Tapi disebabkan faktor-faktor yang tak dapat dielakkan seperti malas menaip panjang-panjang, takde mood nak berblogger & masih dalam pantang membuatkan cerita/pengalaman ini agak basi/tertangguh sedikit. Oleh tetapi disebabkan semangat mahu berkongsi pengalaman ini masih berkobar-kobar, maka ku gagahi jua tanganku untuk menaip bagi menyiapkannya. Semoga ianya dapat berkongsi cerita serta pengalaman buat sahabat sekalian. Selamat membaca!


01/05/2012 (Selasa-Hari Cuti Pekerja)

Selepas Subuh 01/05/2012, aku di rumah mertua tengah syok landing atas tilam. Sebelum aku sambung tidurku makin jauh, aku ke tandas untuk mengeluarkan sisa-sisa dalam perutku supaya tidurku tidak terganggu. Bila aku ke bilik semula selepas menunaikan hajat kecil, aku rasa ada sesuatu yang keluar meleleh di pahaku.Aku terkejut kerana keluar darah dan lendir (sikit je). Ini salah satu tanda awal nak bersalin. Aku cuak tapi aku cuba kawal perasaanku. "Nak beranak dah ke nie?''. Aku cuba cool kan diri coz due date doktor kasi 20/05/2012. Lama lagi tu lebih kurang 2 minggu lebih lagi nak sampai due date.Perut pun tak ada rasa sakit lagi. Aku cari hubbyku yang menghilang sejak Subuh tadi lagi. Macam biasa rutin hari cutinya iaitu basuh kereta dan motor kesayangannya. "Bang, dah keluar tanda nak beranak ni. Macam mana ni bang? Pampers baby ngan pampers ibu lum beli lg ni". Lebih kurang gitulah dialog aku pagi tu. Hubby buat muka seposen je. Cool tak bertempat. Geram tol aku. Orang tengah cuak, dia leh lak buat muka seposen. "Dah, gi mandi. Jap lagi kita gi beli barang yang takde lagi tu". Akhirnya hubby bagi respon. Aku bergegas pergi mandi dan tertengok longgokan baju kotor dalam baldi. "Erm, dobi dululah. Mane tau kang terberanak karang, siapa nak tolong basuhkan nanti". Aku punyalah syok duduk memberus baju dalam bilik air tetiba je dengar satu suara yang menegur "Hai, tadi kata nak beranak dah. Boleh lagi memberus baju yer?? Nak pergi beli barang ke tak ni??". Opps, terlupa lak. Hehe. Pukul 9.45pagi, kami bertolak ke Mydin Mall Kubang Kerian. Orang berpusu-pusu hari tu. Maklumlah cuti umum kan.Aku takde nak shopping sakan la coz dah list barang-barang yang perlu dalam kepala. Lepas ambil barang, terus gi bayar kat kaunter. Mak ai, panjangnya barisan. Erm, tunggu turn ajelah. Sampai rumah terus bagitahu mak mertua yang aku ada keluar tanda.Mak mertua cakap aku nie ketuban darah sbb keluar tanda darah dulu sebelum air. Perut masih lagi ok, cuma rasa tak selesa macam nak datang period je. Lepas waktu Zohor, aku packing barang masuk dalam beg. Actually, barang dah lama packing. Cuma yang belum packing adalah pakaian ibu, pampers baby & maternity pad je. Time tu perut ada rasa tak selesa sikit. Rasa macam mula-mula datang period je. Aku biarkan aje. Petang tu lebih kurang pukul 6  lebih, mak mertua bawa aku gi jumpa bidan kampung. Nak rasa kedudukan baby macam mana. Bidan tu cakap kepala baby dah ke bawah sangat & maybe bersalin awal dari tarikh doktor kasi tu. Malam tu lebih kurang pukul 8 lebih, period pain datang agak kerap. Tak sakit sangat pun, just rasa cam senggugut sikit-sikit. Tapi yang peliknya, dia tak rasa sakit berpanjangan. Period pain tu datang kejap-kejap je tapi kerap. Dalam fikitan aku nie asyik fikir ni tanda nak bersalin dah ke? Memandangkan ini adalah pengalaman kali pertama nak bersalin, jadi aku was-was la samada ini sudah tanda nak bersalin ataupun just sakit-sakit akhir trimester. Aku buat tak tahu je. Hubby aku lagila tak tahu menahu. Lama-kelamaan period pain tu makin kuat dan makin kerap. Sebelum tido, bagitau hubby esok nak try gi klinik. Sepatutnya temujanji dengan doktor pada 3hb (Khamis). Nampak gayanya esok terpaksalah pergi check-up.


02/05/2012 (Rabu)

Lebih kurang pukul 12 pagi, masih tak boleh nak lelapkan mata. Period pain makin kuat. Rasanya makin sakit. Padahal time nie period pain dah makin kerap. Almost datang selang 5 minit sekali. Period pain tu serang beberapa saat je. Sakitnya yang tak tahan. Aku tak boleh tido pun dop tahan rasa sakit tu. Siapa pernah senggugut tau la rasa sakitnya macam mana. Tapi time ni aku masih boleh bertahan. Kalau ikut minggu, hari ni dah 37minggu 3hari. Sudah cukup bulan tapi aku rasa terlalu awal untuk aku bersalin. Aku belum ready untuk bersalin. Bersedia atau tidak, Allah SWT telah menentukan segalanya. Dia yang Maha Mengetahui. Lebih kurang pukul 1 pagi, sakitnya makin bertambah. Ya Allah, sakitnya kat bahagian ari-ari.. Hubby pun tak dapat tido lena coz aku asyik balikkan badan ke kiri & ke kanan sambil memagang perut.  Hubby gelisah & tanya aku samada nak pergi ke hospital atau tak. Aku cakap boleh tahan lagi & tak nak ke hospital lagi.Hubby sambung tido & dia bagitau kalau ada pape suruh kejutkan dia. Aku masih menahan rasa sakit. Agak berpeluh-peluh aku malam tu tahan sakit. Aku mula terfikir ni adalah contraction nak bersalin sbb sakitnya teratur. Contraction datang 5 minit sekali. Cuma rasa sakit yang berbeza-beza. Start dengan rasa sakit yang sedikit, lama-kelamaan rasa sakit yang kuat. Baru aku sedar bahawa ini adalah contraction nak bersalin. Aku berkira-kira nak kejutkan hubby yang sedang nyenyak tido. Memandangkan rasa period pain yang makin kuat, aku kejutkan hubby cakap nak gi hospital sekarang. Time tu dah pukul 2.30 pagi. Hubby agak terkejut tapi dia cepat-cepat pergi kejutkan ibunya. Rumah mertuaku terang-benderang gara-garaku. Ibu mertua dah hubby cepat-cepat bersiap. Aku suruh hubby ku ambil beg bawa masuk dalam bonet kereta. Aku hanya capai tudung. Pukul 2.45 pagi, kami bertolak ke hospital. Hospital yang dituju ialah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian memandangkan ianya hospital yang paling dekat dengan rumah mertuaku. Dalam 15 minit perjalanan, kami telah pun sampai kat hospital. Ibu mertuaku bawa aku ke tempat wad ibu bersalin sementara hubby pergi daftar kemasukan aku ke hospital itu. Aku & ibu mertua dibantu oleh pak guard yang berjaga malam itu untuk tunjukkan tempat wad bersalin. Aku masih boleh berjalan. Lagipun aku sengaja banyakkan berjalan supaya dapat memudahkan proses bersalin nanti. Sebelum masuk ke wad, nurse lakukan sesi check-up dulu. Alat-alat khas dipasangkan ke perutku untuk mengesan contraction & denyutan jantung babyku serta diseluk untuk check bukaan jalan. Dah 3cm nurse cakap. Belum masa untuk bersalin lagi. Keadaanku dipantau. Memandangkan aku tak boleh nak berjalan dan bergerak bebas sbb banyak wayar-wayar di perutku, aku mengambil kesempatan untuk bermanja dengan nurse. "Misi, tolong ambil handphone saya atas meja tu". Dengan baik hatinya nurse tu menyerahkan hp kepadaku. "Misi, saya dahaga". Dengan baik hatinye nurse sekali lagi menghulurkan aku segelas air suam. Hehe. Setelah aku dapat telefon milikku, lantas aku telefon ibuku kat rumah. Ibuku terkejut. Hehe.. Bukaan dah 4cm. Nurse masukkan ubat berak. Tak sampai berapa saat, aku rasa nak terberak yang amat sangat. Terkepit-kepit aku masuk tandas. Huhu.. Lepas tu nurse suruh ambil baju baby sepasang, pampers baby 1 keping & sehelai kain batik untuk ibu. Yang lain-lain tu dilarang bawa masuk lagi.

Setelah hubby menyerahkan baju & kain batik tue, aku disuruh berjalan menuju ke labor room. Aku tak putus-putus berdoa agar proses bersalin ini dipermudahkan dan semoga kami berdua selamat. Aku baca doa-doa yang telahku hafal untuk memudahkan proses bersalin nanti. Seingat aku, waktu masuk ke LB tu lebih kurang pukul 4.45 pagi. Nurse check bukaan dah 5cm & air ketubanku dipecahkan. Pagi tu tak ramai yang bertugas & doktor/nurse pelatih pun tak ramai yang kelihatan. Just dua tiga orang je. Myb ramai ambil cuti labour day kot. Lepas air ketuban dipecahkan, contraction makin kuat. Ya Allah, sakitnya. Tak tergambar & tak dapat diungkapkan dengan kata-kata camne rasa sakit tu. Hubby dibenarkan masuk ke LB. Hubby pun tak tau nak buat apa time tu. Aku dah berpeluh-peluh tahan sakit wlupun LB dilengkapi dengan aircond. Hubby pun nampak cemas. Dia hanya menyapu peluh dimuka ku dengan tangannya. Pukul 5.15 pagi, sakit semakin kuat. Aku dah rasa nak meneran. Nurse datang check bukaan. Dah 8cm tapi nurse tak bagi teran lagi. Kena tunggu 9-10cm baru boleh teran. Aku dah tak boleh nak tahan rasa sakit. Sakit yang amat. Aku bagitau nurse dah nak meneran sangat-sangat ni. Barangkali nurse dah nampak kepala baby nak keluar, nurse suruh aku teran. Alhamdulillah, dengan 2x teran aje aku rasa sesuatu keluar dengan lajunya. Perut terasa lega sangat & suara tangisan sikecil kedengaran nyaring di dalam LB. "Syukur, Alhamdulillah. Aku telah pun selamat bersalin". Aku tersenyum. Hubby teruja melihat anaknya dah pun lahir. Nurse tunjukkan baby kepada ku sambil tanya lelaki ke perempuan?. Aku sambil tersenyum bangga menjawab lelaki. Nurse suruh hubby azankan baby. Selepas azankan baby, nurse suruh hubby keluar. Then, nurse letak baby secara meniarap atas dadaku. Comelnya dia. Dia diam aje. Matanya hanya memandang wajahku. Mata kami bertentangan. Rasa sakit semua hilang begitu aje selepas manatap wajahnya. Ajaib kan kuasa Allah??.  Waktu tu aku hanya cam hidungnya aje. Hidungnya macam hidungku. Mancung juga la sikit-sikit pon (hehe..perasan)..Belum puas aku tatap & belainya, nurse dah pun ambil baby untuk dimandikan. Kami akan jumpa dalam wad pada pukul 8.30 pgi nanti.

Hari pertama Aisy dilahirkan. Comelkan? Geramnya kat dia.

Akhirnya aku selamat melahirkan bayi lelaki yang seberat 2.44kg pada 02/05/2012 (Rabu-10 Jamadilakhir 1433H) tepat pukul 5.35 pagi secara normal. Kami menamakan bayi itu Muhammad Aisy Asyraf Bin Mohd Fairul. Semoga Aisy menjadi anak yang soleh & taat kepada perintah Allah. Amin..