Pages

Followers

Tuesday 20 November 2012

Anak Papa

Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak nie memang payah sikit nak update blog.. Busy memanjang jer.. Al-maklumlah bakal business women.. Siang hari sibuk kerja makan gaji.. Malam hari lak aku jadi crafter untuk cari side income.. Huhuhu  ^_~

Pejam celik, pejam celik dah nak akhir tahun.. Kejap je rasa masa tu berlalu.. Tup-tup, anak aku pun dah besar.. Enam bulan dah usianya.. Sikap kejantanan/kelakiannya dah mula terserlah.. Anak borek, bapa rintik.. Itulah istilah yang paling tepat.. 

Huh! Penat aku dibuatnya nak menjaga mucuk-mucuk yang sorang nih.. Tapi aku tetap seronok dan bahagia mempunyai anak yang tak ternilai harganya ini.. Mana taknya, siang hari asyik main je kerjanya.. Tidurnya sekejap-sekejap jer.. Hah, time nie Aisy dah mula diperkenalkan dengan solid food.. Betapa terujanya dia dapat makan.. Hui, gembira betol tengok dia makan.. Ingat lagi first time dia dapat makan.. Tak reti nak kunyah & telan lagi.. Air masak dalam cawan pun tak reti nak teguk lagi.. Tergelak aku time tue.. Tapi sekarang nie dah pro.. Semua benda nak makan.. Tengok je orang dop makan, hah mula lah meminta-minta untuk disuapkan (",)..

Aisy nie buas (tak leh dop diam) orangnya..  Kaki & tangan asyik gerak jer.. Aktif betol sebab tue berat badannya banyak hilang.. Kalau letak dalam walker, kejap je dah hilang.. Pastu mula lah bunyi "keting-keting" pinggan mangkuk kat dapur.. Tengok-tengok, Aisy dop mengemas dekat rak pinggan tue.. Aaiii dah pandai mengemas rupanya.. Kalau dalam walker, laju jer dia explore sana sini.. Tapi bila meniarap?? Hampeh.. Malasnya lebih.. Meniarap kejap je dah nangis minta diangkat.. Menyusur pun tak leh lagi.. Baru belajar angkat-angkat bontot..Nak skip menyusur & terus merangkak kot..

Aisy sekarang nie banyak ikut papa.. Hidung, kening & warna kulit je ikut ummie.. Ingat lagi time Aisy mula dilahirkan.. Wajah Aisy sebijik cam aku.. Takde tanda-tanda pun mirip papa nya.. Paling jelas ialah hidungnya (sedikit mancung berbanding papanya..huhuhu ~ confirm kena marah kalau papa Aisy baca nih).. Aisy dilahirkan seberat 2.44kg aje.. Lagi lah menampakkan susuk badannya kecil molek cam ummie nya.. Yang paling jelas time tue ialah tangan & kaki sah-sah ikut papanya.. Itu aje yang paling jelas ikut papanya..

Lama-kelamaan, fizikal Aisy banyak ikut papa nya:-

1. Kepala (sejak lahir lagi dah taw kepala Aisy ikut kepala papa nya.. bulat molek)
2. Mata (sejak Aisy membuka matanya, mata Aisy kelihatan sepet..sah ikut mata papa Aisy)
3. Mulut (mula-mula lahir ramai cakap cam mulut aku..tapi lama-lama nampak cam mulut papa lak)
4. Rambut (dari lahir lagi dah taw ikut rambut papa)
5. Lidah (sejak Aisy pandai bertempik riang, barulah perasan yang lidahnya seakan-akan terbelah ditengah-tengahnya.. erm, sah ikut lidah papanya.. lidah aku comel je.. rata molek.. takde terbelah cam tue)
6. Dada (bidang molek..kata makcik-makcik yang melawat Aisy, dada macam nie susah dapat penyakit..Kalau betol, Alhamdulillah ~semoga Aisy sihat-sihat selalu)
7. Tangan (dari lahir lagi dah nampak tangan Aisy ikut papa.. Jari jemari Aisy besar.. Kalau bagi penampar boleh pengsan orang tu nanti..huhu)
8. Kaki (nie yang membuatkan aku pening sikit..dah taw kaki pun ikut papa dia tapi tak taw pulak yang jari jemari kaki Aisy boleh gerak-gerak cam jari tangan dia lak..Memula aku tak perasan pun kaki papa Aisy pun leh gerak-gerak ginie.. One day, pening dop mikir ikut sape agaknya jari kaki Aisy macam tue, aku panggillah hubby.. "Bang, try gerak-gerak jari kaki jap"..Maka dengan selamba hubby gerak-gerakkan jari kakinya yang besar tu dengan lembut sekali..Aku terkesima jap..Nak pengsan rasa..Ooo..ikut papa gak yang nie pun..) 

Erm, anak papa.. Patutla takleh dop diam sebab papa nya pun cam tue gak.. Asyik buat kerja je.. 
Mak aku cakap dalam ramai-ramai anak lelaki yang dia lahirkan (4 orang), takde sorang pun yang buas cam Aisy.. Huhu..

Buas-buas pun manje yang lebih.. Tak leh rasa sakit sikit, mesti nangis kuat seboleh anak tekak keluarkan suara.. Bila dengar je suara kuat-kuat cam pak sedara dia yang tak berapa betol sengaja dop sergah-sergah Aisy, mulalah dia mencebik mulut nak nangis.. Kalau tak cepat-cepat ambil dia time tue, maka keluarlah suaranya yang bingit serta nyaring dop nangis.. Hah, baru kelam kabut dibuatnya.. 

Aisy nak ngan papa time dia nak main aje.. Bila nangis, nak susu & nak tidur, baru lah nak kat ummie..


Ha, inilah jejaka hensom buah hati ummie.. Nie buat muka sedih sebab kena paksa makan.. Bila dah sibuk main, nak bagi makan pun susah..







#Perlu ke terangkan benda-benda macam nie?#
#Ehem-ehem, ada aku kesah????#
#Ini blog, aku yang punya! Suka hati aku nak taip apa pun!!#