Pages

Followers

Tuesday 6 August 2013

Nasib Baik a.k.a. Mujur

Assalamualaikum..


Khamis malam Jumaat lepas, sedang aku mengemas pakaian anak masuk dalam beg (nak balik rumah ma), Aisy bukan main seronok dok berlari. Sambil aku kemas pakaian (main sumbat aje) aku membebel-bebel melarang Aisy berlari-lari. Lariannya masih terumbang-ambing sebab baru pandai berlari kan. 

Kejap-kejap mata aku melilau ke arah Aisy, kononnya pantau pergerakan dia. Tangan masih lagi ligat memasukkan pakaian Aisy ke dalam beg dan pergerakan tangan serta kaki aku pantas ke sana ke mari ambil keperluan penting Aisy seperti ubat, pampers & susu. Aisy masih lagi berlari-lari dalam bilik. Manakala si papa Aisy hanya sibuk melarang anak lelakinya berlari. Ok, semua dah settle. Aku kemas dalam masa 15 minit aje sebab semua sumbat aje.

Aisy hanya berlari ke sana kemari sambil sorak-sorak gembira. Dia memang 'happy good lucky' sokmo pun. Aku nampak Aisy berlari ke arah meja dan BOOOMM bunyi benda terhantuk di meja. Aisy rebah lalu menangis sekuat hati. Aku cemas dan terus dukung Aisy. Aku belek-belek mukanya ketika itu dia masih lagi menangis. Aku nampak darah meleleh keluar tepi mata. "Abang, berdarahlah!!!!" Aku jerit kat suami aku. Aku cemas sebab Aisy menangis tak buka mata. Kot-kot terkena mata. Aisy tak bagi aku sentuh matanya membuatkan aku lagi cemas. Aku buka juga kelopak mata Aisy. Mujurlah mata Aisy tak apa-apa.

En.suami kelam-kabut cari ubat gamat. Aku bagi Aisy susu. Aisy pon berhenti menangis (memang jenis senang pujuk). Time Aisy ralit minum susu, aku taruk ubat kat tepi mata Aisy. Aisy mula menangis semula. Pedih barangkali ubat tu masuk kat luka dia. Suami ambil dukung Aisy. Aku masukkan barang-barang ke dalam kereta. Rancangan untuk balik rumah ma diteruskan jua. Aisy dah ok tapi darah masih lg keluar. Aisy memang tak bagi langsung aku tengok lukanya bimbang aku sentuh luka dia.

Kami singgah Mydin Mall Kubang Kerian sekejap beli pampers dan susu Aisy untuk sebulan terus. Masa masuk Mydin, aku tengok luka Aisy. Terang, jelas serta nyata sebab cahaya yang terang kat situ. Ada darah yang meleleh sikit kat tepi mata tu yang dah kering. Darah kat tempat luka masih ada. Tapi aku masih tak dapat tengok luka Aisy yang sebenar-benarnya.

Sampai aje rumah Tok Ma, semua terkejut tengok mata Aisy. Takde sorang pon boleh tengok atau sentuh luka dia. Aku keluarkan kereta yang Tok Ma belikan untuk Aisy. Dari jauh Aisy dah tersenyum. Bukan main seronok lagi dia dapat naik kereta tu. Time dia ralit bermain, Tok Ma baru boleh taruk ubat. Aisy tidur pukul 11.00pm malam tu. Leka bermain punya pasal.

Bila Aisy betul-betul lena, baru aku boleh cuci luka Aisy dengan kain basah. Mata Aisy semakin bengkak masa tu. Lukanya panjang juga. Start dari bawah mata sampai tepi mata. kat tepi mata tu luka besar sikit. "Mujur kat kena mata. Mujur kat kena atas mata. Kalau tak, boleh pecah kelopak mata." (Bisik hatiku). Malam tu ntah berapa kali aku bangun taruk minyak gamat kat luka Aisy. Keesokannya, bengkak dah surut sikit & luka pon dah kering sepenuhnya.


 Walaupun mata sakit, Aisy tetap seronok bermain tambah-tambah dapat hadiah daripada Tok Ma.


Masa mengandungkan Aisy lagi aku ada berpesan kepada suami supaya buang meja tu sebab semua bucu meja tu tajam. Aku pernah bagitahu suami yang meja tu akan mendatangkan bahaya kepada anak kelak. Tapi suami cakap "alah tak pe. nanti jangan bagi dia main kat situ". Masa baby dah keluar pun aku ada ingatkan suami lag sekali supaya buang meja tu letak kat tempat lain tapi tu juga jawapannya.

Bila telahan & gerak hati ibu ni tepat, baru nak gelabah. Bila anak dah dapat kaki, kita pun tak dapat kawal pergerakan dia 100%. Apa lah yang budak umur 1 tahun tu tahu. Dia hanya tahu main & cuba apa saja aksi yang ada dalam fikirannya dia. Tambah-tambah si anak lelaki. Lagi banyak akal. Panjat, lari, terjun semua lah. Orang cakap ''mencegah lebih baik dari mengubati''. Nasib baik tak kena mata.

Perkataan NASIB BAIK a.k.a. MUJUR tu sentiasa ada.








Saturday 27 July 2013

Bagaimana 'Heat Stroke' Membunuh Anak Anda?

 Assalamualaikum

 
Comel kan mereka? Entry ni tak de kaitan pon dgn mereka. Sekadar hiasan (",)

Hari ni saya nak kongsi satu video untuk ibu-ibu di luar sana. Sejak kebelakangan ini, kita banyak menyaksikan kisah si kecil yang tidak berdosa meninggal disebabkan kecuaian kita (ibubapa) sendiri. Ya, saya tahu perasaan itu sebab saya juga seorang ibu seperti anda. Hal ini membuatkan saya lebih berjaga-jaga dan peka dengan setiap gerak-geri si anak. Maklumlah anak saya baru berumur satu tahun. Bayangkan lah dengan umur seawal itu, apa yang dia mampu lakukan tanpa bantuan kita (ibubapa)?. Andainya kita cuai, malang telah menanti menimpa anak kita. Tolonglah wahai ibu-ibu. Kita sama-sama ambil iktibar di atas apa yang telah berlaku. Jangan biarkan nasi menjadi bubur kerana malang itu tidak berbau!!!


Credit to blog: gilerkentang.com

Anda mungkin berfikir lima jam adalah masa yang lama dan itulah mengapa ia berlaku. Tetapi adakah anda tahu bahawa ia boleh mengambil masa sesingkat 15 minit terperangkap dalam kereta terlalu panas untuk kanak-kanak mengalami kecederaan otak yang mengancam nyawa atau kecederaan buah pinggang?
Menurut NBC News, yang memetik pakar kecemasan pediatrik, badan kanak-kanak boleh menjadi panas lebih cepat daripada orang dewasa. Apabila suhu badan kanak-kanak mencecah 40 darjah Celsius, organ-organ dalaman ditutup, dan pada 41.6 darjah Celsius, kanak-kanak itu boleh mati.

Menurut Ahmad Mahyuddin Mohamed, Ortopedik dan Traumatologi perunding di Hospital Shah Sultan Haji Ahmad di Temerloh, tidak ada jaminan bahawa strok haba boleh dicegah dengan tingkap sedikit dibuka dan meninggalkan penghawa dingin di dalam kereta statik. Kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bersendirian di dalam kereta walaupun untuk satu minit. Haba boleh menyebabkan berpeluh, dehidrasi, sawan, otak dan kerosakan organ, dan akhirnya kematian.

Hanya menonton video di bawah sebagai contoh untuk melihat apa yang berlaku apabila seorang ibu sibuk meninggalkan anak lelakinya di dalam kereta. Video ini dikatakan sebagai lakonan semula, tetapi apa yang berlaku boleh menjadi amat nyata.


klik sini untuk tonton video

 
Ibu dalam video ini kelihatan benar-benar biasa, dan rutin beliau boleh mencerminkan bahawa mana-mana satu daripada kita juga mungkin melakukan perkara sama. Ya, ia boleh berlaku kepada mana-mana satu daripada kita. Menurut statistik di Amerika Syarikat, hanya kira-kira 10% daripada haba kematian strok berkaitan kanak-kanak melibatkan pengabaian atau penyalahgunaan dadah oleh penjaga.

Majoriti kes-kes yang berlaku apabila ibu bapa yang penyayang terganggu dari rutin mereka dan mereka tidak sedar bahawa kanak-kanak itu bersama mereka, yang betul-betul seperti apa yang berlaku di Subang Jaya. Ibu kanak-kanak itu dikatakan terlupa untuk menghantar kanak-kanak malang itu ke rumah asuhan kerana beliau bergegas untuk ke mesyuarat.

Jadual sibuk kita, digabungkan dengan kecenderungan kita untuk meletakkan kerusi anak-anak kita tidur di belakang kereta (kerana itulah di mana tempat duduk kanak-kanak biasanya dipasang), boleh menyebabkan kita lupa bahawa kita membawa kargo berharga dalam kabin kereta kita.

Selain daripada mencuba yang terbaik untuk ingat, kaedah lain yang boleh kita gunakan untuk memastikan bahawa kita tidak lupa tentang bayi kita yang sedang tidur adalah dengan meletakkan barang-barang (yang anda perlu ambil sekiranya anda meninggalkan kereta anda) di belakang dengan kanak-kanak. Ini boleh menjadi beg tangan anda, sebagai contoh, dan anda boleh meletakkannya di atas lantai di kawasan yang selamat, jadi anda terpaksa pergi ke belakang kereta apabila anda mahu meninggalkannya.




Thursday 23 May 2013

White Coffee with ♥♥♥

Assalamualaikum..

Ha, harini tetiba rajin lak nak update bloq. Rasa semangat semacam je. Al-maklumlah dapat pujian dari en. suami tercinta.. hehe (blushing)

En.suami korang suka minum Nescafe atau White Coffee tak?? Ai ada resepi KASIH SAYANG nak share dengan u all..hikhik.. Resepi kacang je ni. Mungkin korang pon pernah buat.

Haritu, en.suami beli White Coffee & susu Marigold HL. 
Masa en.suami kesayangan minta buatkan air untuk dia, tetiba *TING* keluar satu idea. Nekad nak cuba. Sebelum hantar air kepada en.suami, aku rasa lah dulu. Erm, macam best jer. Hehe.

Hasilnya:-

Suami: Erm, bestnya bau aroma white coffee ni. (Suami pun rasa seteguk).
(Diam seketika) Lain je rasa coffee nie.
Isteri: Glupp.. Alamak, mampus la aku. (Cuak, kot-kot sedap di tekak aku je)
Suami: (Meneguk sekali lagi) SEDAP la yunk. Nape abang buat air tak rasa sedap mcm nie. Ada tambah pape ke dalam ni??
Isteri: (Senyum tersipu-sipu). Ada.. Tambah kasih sayang (blushing). Tulah, abang mane reti buat air. Macam mana nak sedap. Hehe
Suami: Nakal.. Buat air White Coffee Kasih Sayang secawan lagi untuk abang.
Isteri: (Tercengang. Cepatnya dia habiskan). ORAITT.. Rasa macam mana bang air tu? 
Suami: Best. Dahla aroma dia best tambah pulak dengan rasa lemak-lemak manis.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Ni lah White Coffee kegemaran e.suami ai.. Setakat ni, hanya 2 brand ni je yang pernah aku guna.



White Coffee (Hasil google)


Nak tahu apa yang aku tambah dalam air bancuhan tersebut???

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 

Ha, inilah dia susu MARIGOLD HL.. Susu kegemaran kami. Susu nie rasa lemak berkrim sangat.
Aku tambah sikit je dalam air bancuhan white coffee tu. Jangan taruk banyak sangat nanti aroma & rasa white coffee tu akan hilang. Letak sikit pun dah cukup. White Coffee korang akan rasa lemak berkrim.


Susu Marigold HL (Hasil google)



SELAMAT MENCUBA

Yummy (Hasil google)


En.suami asyik minta air White Coffee KASIH SAYANG jer. Malu lak bila dia minta bancuh air tu kat office. Ramai yang memandang bila nama tu kedengaran. Ai blushing.. Ai blushing lah..


Seronok bila hasil air tangan kita dihargai. Tambah-tambah dari seorang suami. Walaupun hanya secawan air White Coffee with ♥♥♥


Yang penting perasaan IKHLAS & KASIH SAYANG perlu ada bagi menambahkan lagi rasa SEDAP!!!











Thursday 18 April 2013

Persamaan Kami

Assalamualaikum


Eh, gambar kaki lak. Sweetkan gambar nie? Sesuai la untuk aku sebab bertiga..Hehe..


Lama betol tak update blog. Malas punya pasal. Banyak kisah yang nak dikongsikan bersama tetapi idea nak mengolah ayat tu tak datang menjelma. 

Tadi masa banyak free sebab baru je lepas submit tender. Horreyyy. Aku pun search la tarikh lahir kami bertiga (aku,suami & anak) dalam kalender Islam. Korang boleh check kat SINI

Hasilnya:-

1) Aku:
Tarikh Lahir : 09 Februari 1987 = 10 Jamadilakhir 1407 = Isnin

2) Suami:
Tarikh Lahir : 11 November 1988 = 29 Safar 1409 = Selasa

3) Anak:
Tarikh Lahir : 02 Mei 2012 = 10 Jamadilakhir 1433 = Rabu

Tengok..Cantik tersusun je kan hari kelahiran kami.. Turutan menaik lagi. Maybe next baby hari Khamis lak. Hehe..

Daannnn yang paling aku suka ialahhhh....

Tarikh lahir anak lelaki kesayangan aku sama dengan aku iaitu 10 Jamadilakhir. Suka..suka..

Sian kat papa dia takde persamaan dengan anak lelakinya kan?? Sebenarnya ada jugak. Suami & anak sama-sama dilahirkan pada tahun NAGA. Aku tahun arnab jer...

Eh, 21hb April 2013 nie bersamaan 10 Jamadilakhir lah.. Bolehlah kami celebrate birthday sama-sama. Apa kata kita celebrate birthday 2kali lak setahun. Barulah fair. Sambut birthday untuk kedua-dua kalender.

*Allah Maha Mengatahui, Allah Maha Menentukan*

Sekian..


Sunday 3 March 2013

Attitude

Assalamualaikum..


Lama betol tak update blog.. Aku ada nak share 1 cerita ngan korang.. Tengok tajuk kat atas tu "Attitude".. Apa kene mengena ngan attitude nie yer??

Ada la satu hari tu, aku jumpa ngan member aku.. Masa aku jumpa dia tu, muka dia masam mencuka jer.. Aku tanya la dia kenapa??

Aku = Hey, nape nie?
Minah (Bukan nama sebenar) = Aku geram betol ngan bos aku tu?
Aku = Nape pulak?
Minah = Eeeeee, geramnya akuuu!!!!!
Aku = Sabar-sabar.. Rilex rr.. Ce cite kat aku nape..
Minah = Bos aku tu, kalau dlm mesyuarat bukan main lg pesan kat pekerja dia soh jaga 'attitude'.. Jaga kebersihan.. Kononnya, kalau dia tengok habuk pon nak termuntah sebab dia tak suka habuk la.. Tak suka benda berdebu lah.. Tak suka kotor lah.. Dop bebel kat kitaorang pasal tak jaga kebersihan office..
Aku = Da tu, nape kau nak marah lak? Bagus la dia bagi nasihat cam tu..
Minah = Time mesyuarat sikit-sikit cakap pasal 'attitude'.. Sikit-sikit 'attitude'.. Attitude..Attitude..Attitude.. Macam BAGOS SANGAT 'ATTITUDE' dia.. Kau nak tahu nape aku geram??
Aku = Nak..
Minah = Bukan takat aku je.. Staff lain pon jijik taw..
Aku = Jijik?? Nape lak?? Apa bos kau buat..
Minah = Aku ingatkan yg siapa punya.. 2,3 kali gak la terserempak ngan aku.. First time staff laki yang nampak.. Tanya, ooii yang sape nie tak 'flush' betol-betol.. Memang tak de orang ngaku la sbb last masuk toilet petang tu ialah bos aku.. Takkan aku nak cakap bos aku yang BAIK PUNYA ATTITUDE tu yang buat kan?
Aku = Lepas tu?? (Excited nak dengar luahan hati Minah nie)
Minah = Isy.. geram tol aku.. Toilet ada 1 jer.. Terpaksalah aku masuk juga & flush yg dia punya.. Jijik ko taw.. Kalau setakat air kecik tu aku boleh sabor lagi.. Yang air kecik tu aku memang da taw lame dah yg dia tak kan flush @ siram dia punya air kuning tue..
Aku = (Glup-telan air liur tak selera dah nak jamah makanan depan aku tu)
Minah = Hari tu dah kena sekali.. Pagi tadi kena balik kau taw.. 
Aku = Aku tak taw..hehe
Minah = Kau janganla buat lawak.. Aku tengah geram nie..
Aku = Ok..ok..sambung cite kaw.. Serius aku nak dengar nie..
Minah = Dia tak flush betol-betol.. Ada lagi sisa air besar dia kat mangkuk tandas.. Pagi tadi pon sama.. Melekat-lekat lagi najis tu kat mangkuk tandas.. Da la kaler hitam.. Tak tahu berapa lama tak buang.. Eee, geram aku!!! Tak jadi aku nak membuang!!!
Aku = Yang kau siap mention-mention kaler najis dia tu buat ape?? Eee, tak lalu aku nak makan!!! Gelinya aku.. 
Minah = Hahahaha..betol, kisah benar nie.. Aku tak tipu.. Aku lagi geli sbb aku yang tengok.. Eeee, gelinya aku.. Sbb tu aku tak order makanan sbb aku tak lalu nak makan.. Hahaha
Aku = Ee, kau nie.. Mual aku nak makan (terus tolak nasi ke tepi)..

Apa pandangan korang tentang sikap manusia seperti itu?? Sedarkah attitude sebenar diri kita??

Atau ini yang DIA FIKIRKAN??



Apa pandangan korang??

Kisah benar..





Thursday 3 January 2013

Sweet Muslimah Lagi

Assalamualaikum..

Hari tu ada post tentang baju dari sweet muslimah.. Hari nie pun nak post tentang baju dari sweet muslimah lak..hehe..

Hari nie, aku beli 2 helai lagi baju dari sweetmuslimah.. Hari tue pun 2 helai gak.. So, aku da borong baju ngan sweetmuslimah nie dah 4 helai.. Koleksi akan ditambah untuk next month..Insyaallah..

Memang puas hati lah pakai.. Selesa sangat.. Kain dia pun best.. Korang cuba lah beli satu.. Try pakai.. Pasti korang akan jadi sweet muslimah.. Betol, tak caye cubalah dulu..

En. Husban aku pun suka tengok aku pakai baju sopan camginih.. Dia lak rasa segan nak jalan ngan aku sebab pakaian aku sopan sangat.. Huk..huk..malulah..(blushing)

Jom tengok baju yang aku order kali nie cantik ke tak.. Sweet ke tak..

Pasti sweet kan kalau aku pakai baju nie nanti..Hahaha..
Oren + coklat.. Memang suka warna baju nie..


Sweet..sweet..
Hitam + merah.. Cool gitu.. Tak sabar nak pakai..


Azam 2013: 
~Ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini..(Taat kepada Allah)..Insyaallah..
~Munasabah diri sebaik mungkin..Insyaallah..
~Jadi wife yang taat kepada suaminya (Mohd Fairul Bin Abdul Ghani)..
~Mencorakkan sikap anak & bakal anak-anak dengan sebaik mungkin (dengan corak yang cantik)..Insyaallah..
~Berusaha untuk memajukan ekonomi rumahtangga/keluarga (bukak bisness)..Insyaallah..



*Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..*









Monday 24 December 2012

Gambaran Kiamat

Assalamualikum..

Sejak akhir-akhir nie banyak isu keluar tentang kiamat akan terjadi pada 21/12/2012 (Versi Mayan).. Macam la dia tu Tuhan.. Taw-taw je bila nak berlakunya kiamat.. Siap buat persiapan lagi dengan buat pod penyelamat dan bahtera.. Kononnya kiamat VERSI MAYAN nie adalah thunami besar yang akan menenggelamkan bumi.. Huhu.. Alhamdulillah, kita yang dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam amat beruntung & amat bertuah kerana kita telah dibekalkan dengan panduan (AL-QURAN) yang cukup sempurna sepanjang hidup di muka bumi ini..
SYUKUR ALHAMDULILLAH

Walaupun bangsa Mayan sibuk buat persiapan untuk 'hari kiamat' mereka tapi umat Islam seluruh dunia 'COOL' aje..Takde kelam-kabut untuk buat persiapan untuk menyelamatkan diri..Tapi menyibukkan diri untuk BERIBADAH & MENUNAIKAN KEWAJIPAN kepada ALLAH S.W.T.

Jom baca 'GAMBARAN KIAMAT VERSI ISLAM'..Yang nie betul-betul akan terjadi..Dah disenaraikan dalam RUKUN ISLAM supaya BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT (wajib percaya)..
**************************************************************************************************************

Hasil dari google.. Harap ianya dapat dikongsi bersama ('',)

Daripada Wikipedia:-

Sangkakala iaitu sejenis serunai akan ditiup oleh Malaikat Israfil sebelum Hari Kiamat. Diriwayatkan Sangkakala yang ditiup oleh malaikat Israfil ini adalah sebanyak tiga (3) kali tiupan iaitu:
  • Tiupan sangkakala pertama - (Tiupan mengejutkan)
  • Tiupan sangkakala kedua - (Tiupan mematikan)
  • Tiupan sangkakala ketiga - (Tiupan membangkitkan)
Hal ini berlandaskan Hadis Rasulullah S.A.Wyang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.Wbersabda, "Sesungguhnya Allah setelah selesai menciptakan langit dan bumi, Dia menciptakan sangkakala, lalu diberikan di mulut Israfil, maka Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya dan pandangan matanya ke arah Arasy menunggu bila diperintahkan (meniup sangkakala)." Aku (Abu Hurairah) berkata; "Wahai Rasulullah apakah sangkakala itu?, Baginda menjawab "Tanduk", aku bertanya lagi Bagaimanakah bentuknya?, Baginda menjawab "Sangat besar". Lalu baginda melanjutkan sabdanya: "Demi zat (Allah) yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya garis tengah sangkakala itu seluas langit dan bumi, yang akan ditiup dengan 3 kali tiupan. Yang pertama tiupan mengejutkan, yang kedua tiupan mematikan dan yang ketiga, tiupan kebangkitan untuk menghadap Tuhan semesta alam."

Tiupan sangkakala pertama

Pada tiupan ini, seluruh alam semesta termasuk langit dan bumi serta alam buana akan bergoncang dengan sebenar-benar goncangan dan benar-benar hebat, seluruh makhluk digambarkan ketakutan dan amat terperanjat, Menurut Al-Quran gambaran tatkala pasca tiupan pertama cukup dahsyat, sehinggakan ibu yang menyusukan anaknya akan melepaskan (mencampakkan) anaknya, orang yang hamil, tiba-tiba melahirkan anaknya walaupun janinnya masih muda, manusia juga lintang pukang seperti kupu-kupu bertebaran (Surah Al-Qariah). Al-Quran juga jelas menggambarkan tiada sesuatupun yang mengetahui bila Kiamat itu muncul, sedangkan Hari Kiamat itu berlaku tatkala manusia sedang sibuk melayan urusan dunia mereka, ada juga yang sibuk memikirkan dan bertanya antara sesama mereka tentang bila Kiamat akan bermula dan ada juga manusia sedang sibuk bertengkar atas pelbagai urusan.

 Firman Allah SWT dalam Surah Yaasin ayat 48-50 bermaksud:

"Dan mereka berkata: "Bilakah (terjadinya) janji ini (hari berbangkit) jika kamu adalah orang-orang yang benar?. Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan sahaja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar. Lalu mereka tidak kuasa membuat satu wasiat pun dan tidak (pula) dapat kembali kepada keluarganya.''

Digambarkan suasana keadaan bumi berlakunya gempa bumi yang dahsyat, gunung-ganang hancur dan berkecai (Surah Al-Qariah dan Surah At-Takwir), kerak-kerak bumi diterbalikkan, laut menaik seperti ombak tsunami yang begitu hebat serta panas mendidih (Surah At-Takwir). Kebakaran yang berlaku akibat letusan gunung berapi, meletupnya tempat simpanan gas, nuklear, sehinggakan tidak dapat dipadam, api marak dan menjulang tinggi dan seluruh dunia diselaputi asap tebal. Bumi digambarkan hilang cahayanya tiada lagi sumber cahaya, bumi menjadi gelap gelita.

Al-Quran juga menggambar suasana langit juga turut tidak teratur, planet-planet tidak lagi beredar pada orbitnya, langit dilihat terbelah (Surah Al-Insyiqaq), bintang-bintang bertaburan, matahari hilang akan cahayanya (Surah At-Takwir). Semuanya berlanggar antara satu sama lain. Tentang tiupan sangkakala pertama, Allah menjelaskan dalam Al-Quran:


"Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), (Surah An-Naaziat : 6)"

Dari dalil diatas ternyata apa-apa yang berada di seluruh pelosok langit dan di bumi akan mati, melainkan mereka yang dikehendaki oleh Allah. Ulama tafsir berpendapat makhluk yang masih hidup adalah golongan Malaikat. Surah An-Naaziat ayat 1 hingga 6 jelas menunjukkan pada saat berlakunya tiupan sangkakala pertama Malaikat-malaikat akan memulakan tugasnya dengan agresif untuk mencabut nyawa dan menghancurkan langit dan bumi atas perintah Allah.


Keadaan iblis dan syaitan
 
Allah telah berjanji untuk memanjangkan umur iblis dan syaitan sehingga munculnya Hari Kiamat, iblis dan syaitan pasca tiupan sangkakala pertama dilihat akan menjadi tidak kehaluan, ketika itu iblis, mula menyesali perbuatan jahatnya kepada anak-anak dan keturunan Nabi Adam a.s.. Iblis ketika itu menangis dan berkata: "Tuhanku, sekarang suruhlah aku sujud kepada siapa yang Engkau kehendaki". Ketika itu para syaitan berasa hairan dengan keadaan iblis yang merendah diri, lalu mereka bertanya, "Wahai penghulu kami kepada siapa engkau tunduk?", iblis mengangkat kepalanya lalu berkata "Aku merendah dan sujud kepada Tuhan sekalian alam yang telah memanjangkan umurku (dan umurmu) sampai hari sudah ditentukan. Sekarang sudah dekat masanya hari yang ditentukan itu.". Maka seluruh bala tentera syaitan dan iblis menangis dan memohon taubat dari Allah, tiada taubat dari Allah kepada mereka lagi kerana mereka telah kafir. 
(Surah Al-Baqarah ayat 34)




Tiupan sangkakala kedua

Setelah beberapa lama keadaan kehancuran dan porak peranda bumi dan seluruh alam semesta yang bertambah hebat dan sangat rakus menghacurkan segala isi langit dan bumi tanpa belas kasihan. Maka Allah SWT telah mengarahkan Malaikat Israfil untuk meniup sangkakala kedua.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Naaziat ayat 7:


"Tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua."

Pada tiupan kali ini, seluruh makhluk alam semesta dan alam buana akan mati keseluruhannya, melainkan sesiapa yang ditentukan Allah untuk masih bernyawa. Pada peringkat ini bunyi sangkakala ini dapat didengari sehingga lapisan langit ke-7. Malaikat Israfil juga mati pada saat ini sejurus ia meniup sangkakala.

Pada saat ini tanggungjawab Malaikat Izrail untuk mencabut nyawa bertambah agresif, jika dibandingkan dengan tugasnya mencabut nyawa sebelum tiupan sangkakala pertama dan ketika tiupan sangkakala pertama. Malaikat Izrail diriwayatkan akan mencabut nyawa seluruh makhluk di alam langit dan bumi dengan wajah yang mengerikan. Ia akan mencabut nyawa golongan munkar dengan paksaan dan kekerasan.

Setelah Malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa segala makhluk hidupan termasuk nyawa haiwan, tumbuh-tumbuhan, manusia, jin, syaitan, iblis, batu-batu, udara, air, nyawa segala zarah dan atom dan lain-lain. Maka Malaikat Izrail (Malaikat Maut) akan segera menghadap Allah dengan penuh tawaduk, amat takut dan gerun, mengucap syukur dan pujian-pujian kepada Allah, seraya berkata: “Ya Rabbi, semua penduduk langit dan bumi telah meninggal kecuali yang Engkau kehendaki.” Lalu Allah berfirman (dan Dia lebih mengetahui mereka yang tertinggal) , “Siapa yang tertinggal?” Malaikat Maut dengan penuh gerun dan tunduk patuh menjawab: “Ya Rabbi, tinggallah Engkau Yang Maha Hidup dan Tak Akan Pernah Mati dan tinggallah para pembawa Arasy-Mu, dan tinggallah Jibril dan Mikail serta aku.”

Seraya atas kekuasaanNya Allah berfirman: “Jibril dan Mikail akan mati juga.” Maka Allah memberi kekuatan bagi Arasy (untuk berkata-kata), sehingga ia berkata: “Ya Rabbi, akankah Jibril dan Mikail mati?”. Allah berfirman dengan penuh hikmat keAgunganNya: “Diamlah, kerana sesungguhnya Aku telah menetapkan kematian itu atas segala yang berada di Arasy Ku!.” Lalu atas perintah Allah, Jibril dan Mikail pun menemui kematian.

Kemudian dengan penuh rasa gerun dan tunduk patuh, Malaikat Izrail pun menemui Allah dan mengucapkan: “Ya Rabbi, telah mati Jibril dan Mikail, tinggallah aku bersama para pembawa (Malaikat pejunjung) ArasyMu.” Allah berfirman: “Para pembawa ArasyKu akan mati juga.”. Lalu mereka mati. Lalu Allah memerintahkan Arasy untuk mengambil sangkakala dari Israfil. Lalu datang Malaikat maut kepada Allah lalu berkata: “Ya Rabbi, para pembawa ArasyMu telah meninggal juga.” Lalu Allah berfirman: (dan Dia lebih tahu siapa yang tertinggal) “Siapakah tertinggal?”. Dengan penuh ketakutan dan amat rendah diri Malaikat maut (Malaikat Izrail) menjawab: ““Ya Rabbi, tinggallah Engkau Yang Maha Hidup dan Tak Akan Pernah Mati dan tinggallah aku.”

Allah dengan penuh kekuasaaNya berfirman: “Engkau adalah salah satu ciptaan-Ku, engkau pun akan mati, maka matilah engkau!.” Maka Malaikat Maut pun mati. Maka ketika itu tidak tertinggal satu pun makhluk ciptaan Allah yang masih hidup, melainkan Allah Yang Maha Perkasa, Yang Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan. Dialah pengakhiran sebagaimana Dialah permulaan.

Para Ulama berlainan pendapat samada Arasy itu dikira suatu nonmateri (bukan fizik) atau materi (fizik).

Lalu, Allah melipat langit dan bumi bagai melipat Kitab, lalu Allah membentangkannya, lalu melipatkannya dengan 3 kali lipatan. Seraya dengan gahnya berfirman: “Akulah Yang Maha Gagah!” (3 kali). Lalu Dia berseru: “Milik siapakah kerajaan pada hari ini?” (3 kali), tetapi tidak ada jawapannya (Kerana semua makhluk ciptaan sudah tiada melainkan Allah Yang Maha Kekal Abadi). Lantas Allah berfirman pada DiriNya: “Milik Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa.”

Lalu Allah menggantikan bumi dengan bumi yang lain, dan langit dengan langit yang lain. Dia menghamparkan, mendatarkan, dan melapangkannya. Tidak ada padanya lekukan sedikit pun, kemudian Allah menggoncangkan ciptaanNya dengan sekali goncangan dan tiba-tiba segala makhluk yang asalnya menjadi penghuni langit dan bumi serta diantara kedua-duanya wujud seperti sedia kala, kewujudan itu berlaku dengan mudah.


Firman Allah SWT dalam Surah Yaasin ayat 78-83:

"Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa pada kejadiannya; ia berkata: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?”. Katakanlah: Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk, iaitu Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu.” Dan tidakkah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa mencipta kembali jasad-jasad mereka yang sudah hancur itu? Benar. Dia Berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!”, maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) Yang diTanganNya Kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada Nya lah kamu dikembalikan. "
 
Kemudian Allah memerintahkan langit menurunkan hujan selama 40 hari sehingga air mencapai ketinggian 12 hasta. Kemudian Allah memerintahkan seluruh jasad-jasad yang telah hancur luluh diseluruh semesta untuk tumbuh laksana tumbuh-tumbuhan segar menghijau. Namun Al-Quran juga menjelaskan seperti berikut tentang keadaan kebangkitan manusia di Hari Kiamat.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Zalzalah ayat 6:


"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka."

Kemudian Allah SWT dengan KekuasaanNya berseru: “Hiduplah Jibril dan Mikail!”. Lalu keduanya pun hidup, dan Allah memanggil Jibril dan Mikail, lalu keduanya datang dengan beragam, roh-roh kaum mukminin nampak bercahaya dan yang lain-lain gelap gelita. Lalu dilemparkan semua roh-roh tersebut ke dalam sangkakala agar tiupan dari sangkakala itu dapat bertebaran kembali ke jasad masing-masing.


Tiupan sangkakala ketiga

Kemudian atas kuasa Allah SWT, Ia menghidupkan Malaikat Israfil, lalu diperintahkan untuk Malaikat Israfil untuk meniup sangkakala dengan tiupan kali ketiga, pada tiupan ini dikenali tiupan kebangkitan. Maka segala roh-roh yang ditempatkan dalam sangkakala itu bertebaran bagaikan lebah yang memenuhi antara langit dan bumi. Dan ketika itu Allah berfirman; “Demi Keagungan dan KemulianKu, hendaklah semua roh kembali ke jasadnya masing-masing.” Maka segala roh akan kembali ke jasadnya mengikut ketentuan yang telah Allah tentukan bagi mereka. Roh-roh manusia, kembali kepada manusia, roh-roh haiwan kembali kepada haiwan, roh-roh tumbuhan kembali pada tumbuhan, roh-roh batuan, pasir, laut, air, bumi, planet-planet, bintang-bintang, jin, malaikat, syaitan dan segala makhluk ciptaan Allah yang lain pun kembali kepada jasad-jasad mereka tanpa sesuatu pun terlepas dari pengetahuan dan kawalanNya. Maka bangkit dan segar semua makhluk ciptaan Allah seperti mana ia berada alam dunia suatu ketika dahulu, maka perasaan mereka bercampur baur ada yang takut, hairan, gembira, dan sebagainya semua hanya menunggu penghakiman dari Allah Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Firman Allah SWT dalam Surah Yaasin ayat 51 hingga 53 tentang tiupan sangkakala ketiga yang bermaksud:
 
"Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata: "Aduh celakalah kami!, Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?" Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya). Tidak adalah teriakan itu selain sekali teriakan sahaja, maka tiba-tiba mereka dikumpulkan kepada Kami. "
 
Hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, ia berkata:

"Rasulullah S.A.Wbersabda: Jarak waktu antara dua tiupan sangkakala itu adalah empat puluh. Mereka bertanya: Wahai Abu Hurairah, apakah empat puluh hari? Ia menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Mereka bertanya lagi: Empat puluh bulan? Ia menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Mereka bertanya lagi: Empat puluh tahun? Ia menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Kemudian Rasulullah saw. bersabda lagi: Lalu Allah menurunkan hujan, sehingga mayat-mayat tumbuh (bangkit) seperti tumbuhnya tanaman sayuran. Tidak ada satu bagian tubuh manusia kecuali semua telah hancur selain satu tulang, iaitu tulang ekornya (koksiks) dan dari tulang itulah jasad manusia akan disusun kembali pada hari kiamat. (Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5253)"



*****************************************************************************************************

 Sebelum munculnya kejadiaan di atas..Allah S.W.T. turunkan 'Tanda-tanda Kiamat Kecil & Tanda-tanda Kiamat Besar'..Mudahkan Islam?? Semuanya lengkap dengan panduan iaitu Al-Quran..


Tanda-Tanda Kiamat Kecil


1-Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!

3-Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.

4-Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.

Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!

Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. Dimana tao juga pernah mengeluarkan artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.

5-Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
  
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”

- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.

10-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani.


11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud &  Nasai.

Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..



Tanda-tanda Kiamat Besar

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..




p/s: Lihatlah betapa hampirnya kita.. dan apa yang tersenarai di atas telah banyak yang berlaku  di dunia ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi keinsafan. Salah dan silap harap di maaf sesunggunhya tao juga tidak terlepas dari membuat kesilapan dan kemungkaran.