Pages

Followers

Tuesday 30 October 2012

Erti Hidup Susah

Assalamualaikum..



Pernah tak korang menghargai kehidupan korang sekarang?? Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada..Nasib & rezeki setiap manusia adalah berbeza-beza..

Di sini, aku nak kongsi kehidupan aku time aku kecik-kecik dulu..Aku berasal dari keluarga yang agak susah..Abah aku kerja sebagai pemandu lori..Ma aku lak kerja sebagai surirumah..Ada sape-sape malu nak ngaku abah dia kerja sebagai pemandu lori?? Aku bangga dengan abah aku..Dia kerja kuat untuk kami..Dia jarang ada kat rumah sebab kerja hantar barang merata-rata di Semenanjung Malaysia nie..Lepas je abah tamat kontrak jadi askar, time tulah abah mula jadi pemandu lori..Since aku umur 5 tahun gitulah kot..Zaman 90an..

Ingat sewaktu aku sekolah rendah dulu, hidup aku sederhana jer..Makan apa yang ada..Tak pernah memilih..Tak pernah meminta..Apa yang ada dalam saji atas meja, itulah yang kami makan..Walaupun makan nasi berlaukkan telur kicap, aku tetap rasa sedap..Tak pernah merungut tak nak makan sebab makan ala kadar jer..Nak kata susah sangat, tak lah juga sebab ada lagi orang hidup lebih susah dari kami..Tak pernah kenal apa itu KFC, McD, Pizza Hut & etc..

Bila pergi sekolah, ma bagi duit 50sen aje..Kalau ada Fardu Ain, ma tambah lgi 30sen..Tue pun da banyak..Boleh bawa balik balance lagi kat rumah..Seingat aku, time tu air sirap atau oren just 5sen jer segelas..Nasi lemak lak 30sen..Ada lagi balance 15sen..Gula-gula lak 5sen 2biji..Kalau ada budak-budak time tu yang bawak RM1 ke sekolah, dah kira loaded taw..Aku gi sekolah jalan kaki jer..Jarak rumah ke sekolah adalah +/- 2km..Tak rasa penat pun sebab dah terbiasa gi sekolah jalan kaki time prasekolah lagi..Seronok sangat time gi sekolah..Pagi-pagi kitaorang gi sekolah jalan kaki beramai-ramai..Jiran-jiran pun cam family aku gak..Hidup sederhana jer..Kenderaan yang abah & ma aku ada time tu hanyalah sebuah motor yamaha cam ayam jer..Bunyi ekzos dia punyalah bising.. 'No small car..No big car = No car'..

Time balik kg ma aku kat Bachok lah yang paling aku tunggu-tunggu..Aku menetap di Pasir Puteh time tu..Rumah aku (ma & abah aku punyalah), jauh kat dalam kg..Jalan sempit jer..Muat utk sebuah kereta jer.. Time tu kalau nak balik kg, kena balik dengan kepala lori lah sebab takde kereta..Jauh gak perjalanan balik kg..Lebih kurang 45 minit gitu.. Korang taw tak apa itu kepala lori?? Kepala lori yakni lori yang dicabut ekornya..Macam nie ha..

 Gambar contoh aje ni taw..

Time nak balik kg, kami balik dengan kepala lori cam tu lah..Seronok taw..Abah aku letak lori dia jauh sikit sebab kat halaman rumah aku tak muat nak parking lori yang besar gedabak macam tu..So, time nak balik kg, kitaorang satu family akan berjalan kaki sama-sama untuk ke tempat lori tue..Balik kg jer la naik lori..Bila aku atau adik-adik demam/sakit, ma aku lah yang bawa kami ke klinik..Nak gi klinik lak, kena gi kat klinik swasta kat bandar Pasir Puteh dengan teksi sapu (prebek)..Klinik desa just untuk ibu-ibu mengandung ajer..

Aku tak pernah minta ma & abah belikan pape kat aku.. Bila ma cakap andai aku dapat keputusan yang cemerlang bila exam akhir tahun bahawa dia akan hadiahkan aku sebuah basikal nanti, aku akan berusaha sungguh-sungguh time exam tue utk dapatkan sebuah basikal..Akhirnya aku dapat..Aku taw ma aku berani bertaruh macam tue sebab dia dah kumpulkan duit untuk basikal itu..Jika tidak, dia takkan berani berjanji dengan aku macam tue..Aku darjah 2 time tue..Bila dapat jer basikal baru, aku tunggang basikal baru tu tak henti-henti..Tak makan & tak minum..Betapa aku terujanya time tu bila dapat basikal baru yang berwarna merah..Walaupun aku dah ada basikal, aku tetap pergi sekolah jalan kaki juga..Sayang nak bawa basikal kat sekolah bimbang kena curi ngan budak-budak nakal..Aku rela jalan kaki pergi sekolah..Panas atau hujan, langsung tak bagi masalah kepada aku..Aku still happy good lucky.. 

Seronok jadi kanak-kanak..Takde masalah untuk difikirkan..Hari-hari tetap bahagia..Walaupun hidup sederhana, aku tetap bahagia/gembira..Malah abah & ma aku bersusah payah cari pendapatan..Susah payah menyara & membesarkan kami adik-beradik..Bila abah takde, ma lah yang jadi ayah&ibu secara serentak..Abah memerah keringat mencari sesuap nasi utk isteri & anak-anak di rumah..Bila balik, duit saku abah beri kepada ma..Ma bijak menabung..Tidak berboros demi anak-anak..Duit yang ada digunakan sebaik mungkin..Tak pernah bermewah..Dengan duit tabungan itulah ma boleh bagi dekat abah semula untuk buat rumah & siapkan rumah untuk kami berteduh..Hasil wang nafkah yang abah berikan kepada ma..

Abah memiliki kereta time aku darjah 5..Hanya kereta secondhand..Kereta buruk..Kereta yang harganya RM 2,000++ sahaja..Itu sudah cukup buat kami..Aku gembira..Tak perlu balik kg naik kepala lori lagi..Malah abah boleh bawa kami jalan-jalan kat ekspo..Walaupun just tengok-tengok aje kat ekspo, kami adik-beradik sungguh teruja..Tak minta nak main pape..Bila dipelawa oleh abah, barulah kami main..Seronok..

Takde telefon rumah, takde handphone..Line pun takde lg kat kg time tuh..Tv & radio adalah satu-satunya hiburan yang kami ada..Aku baru kenal handphone time tamat tingkatan 5..Tamatnya SPM..Baru nak belajar pegang telefon..Hanya telefon nokia 3310 yang abah mampu beri kepada aku..Aku tetap teruja dan gembira dapat handphone tu..Handphone tulah satu-satunya harta yang paling bernilai aku bawa ke Universiti utk berhubung dgn family aku..

Aku belajar bersungguh-sungguh demi orang tua ku..Aku ingat lagi saat ibuku memeluk aku time aku dapat keputusan yang agak baik dlm SPM..Aku menangis gembira dlm pelukan ibuku..Ma menangis kerana bangga dengan kejayaanku wlupn tak seberapa..Abah pula sentiasa bangga dengan aku..

Now, I'am a Quantity Surveyor/Assistant Quantity Surveyor.. Alhamdulillah, berkat doa serta bimbingan ma & abah aku berjaya..Aku menjadi insan yang berguna..Bila dewasa, aku mengerti erti sebuah kehidupan..Ini menyebabkan aku menghargai kehidupanku sewaktu aku dibesarkan dalam kehidupan yang serba kekurangan..Kekurangan itu yang mengajar aku untuk berusaha bagi mendapatkan sesuatu yang aku inginkan..Menyebabkan aku berusaha lebih gigih..

Terdetik dihatiku, bagaimana harusku didik anak-anakku yang dilahirkan di zaman serba moden ini??Bolehkan mereka menghargai rezeki & kehidupan mereka kelak??Bolehkan mereka besederhana dalam kehidupan mereka kelak??Bolehkah mereka menjadi insan yang berguna kelak??Bolehkah mereka mengharungi segala cobaan di dunia yang penuh dengan penipuan ini??Insyaallah boleh..Ummie sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ummie..Ummie yakin anak-anak ummie adalah yang terbaik..Wahai anakku Aisy serta adik-adikmu kelak (Insyaallah).. Bacalah rintihan hati ummie ini bila kamu dewasa kelak..Hargailah setiap apa yang kamu ada..Tak kira susah atau senang..Bersyukurlah..Jika kamu berhidup susah, maka ingatlah ada lagi insan yang hidup lebih susah berbanding kamu..Jika kamu berhidup senang, maka ingatlah ada lagi insan yang hidup lebih senang berbanding kamu..Maka berusahalah untuk menjadikan hari-hari mu lebih baik..

Untuk ma & abah..Walaupun ma & abah tak taw nak berblogger (hehehe)..
Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kepadamu..Terima kasih ku mungkin tak dapat dibalas dengan kata-kata..Mungkin juga tidak dapat dibalas dengan wang ringgit serta perbuatan..Semoga Allah membalas budi serta jasa baik ma & abah..Semoga Allah tempatkan ma & abah di Syurga..Kami sayang ma & abah..

Terima kasih Ma......
Terima kasih Abah.....





Monday 29 October 2012

Felt Crafts

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidiladha..

Lama tol tak update blog nih..
Al-maklumlah sibuk ngn business baru..
Niaga kecik-kecik jer..Bukan pe, nk cari pendapatan lebih sikit..
Nk cari pengalaman berniaga lak..Kalau berjaya, nak teruskan ngn perniagaan nie sepenuh masa..

Insyaallah klu berjaya, nk fokus pada perniagaan nie sambil jaga anak kat rumah..
Buat masa skrg nie, perniagaan nie hanya kerja sampingan..Bak kata hubby ku "kerja syif mlm"..hehe..
Pukul 8.30-6.00 ptg, aku kerja sebagai QS.. Pukul 8.00-12.00 mlm, aku buat kraf lak..
So, 12 jam sehari aku kerja..Huhu..
Tak dinafikan memang penat..Tapi ku gagahi jua demi sesuap nasi..Cewaahhh..

Time aku masuk "syif mlm", hubby la yg dop mengasuh anak..
Hubby pun buat kerja sampingan jugak..Duit tu boleh la saving sikit-sikit..
Semuanya utk kegunaan masa depan..Bukan tak bersyukur dengan apa yg dah ada..
Gaji hanya cukup-cukup mkn jer..Nk buat OT memg takkn dibayar punya..
So, dr kerja bermati-matian tak dapat OT, baik buat bisnes sendiri utk cari pendapatan lebih..
Mana tahu klu ada kes emergency, siapa nk sponser duit??
Ha, nilah gunanya..Duit bisnes boleh buat saving utk emergency case..

Nak taw aku buat bisnes apa? Modal kecik jer..So, untung pun kecik la jugak..
Aku jual murah jer..Ada la 2,3 org dop marah-marah kat aku sbb aku jual murah sgt-sgt berbanding harga dipasaran..
Aku bukan nk cekik darah..Aku berniaga pun sbb aku minat buat benda-benda comel ni..
Seronok..Walaupun penat, aku tetap seronok tgok hasil tgn ku yg tak berapa nk menjadi..
Yg tak seronok bila customer nk cepat sgt..Jadi kelam kabut & hasil jadi tak cantik..
Tak suka cepat-cepat sbb aku akan tak berpuas hati dgn hasil tgnku sendiri..

Kiranya skrg nie diperingkat "test market"..
Insyaallah klu permintaan tinggi & aku nmpak jln yg terang utk perniagaan ni, aku akan daftar perniagaanku dgn SSM..
Buat masa skrg nie, aku dah tempah design cover FB & woven label ngn OWLIE STUDIO.. 
Tak sabar nk tunggu hasilnya..Mybe lambat sikit sbb Aie buat tempahan ikut que..
So, kena la bersabar sikit..

Alhamdulillah, suamiku mengizinkan/menyokong apa yg aku buat..

"Felt Crafts by LiZz" itulah nama perniagaan ku stakat nie.. Boleh layari FB utk usyar/cuci mata kat www.facebook.com/pages/Felt-Crafts-by-LiZz

Antara hasilnya:-






























 Sekian sahaja untuk kali nie.. Apa pendapat korang?? Cantik tak??
huhu ^_~