Pages

Followers

Monday 28 November 2011

Kegembiraan Seorang Bakal Ibu

Assalamualaikum..Di pagi ini aku ingin meluangkan sedikit masa untuk mengarang..Hehe..Almaklumlah dah lame tak mengarang dalam blog nie..Rasanya belum terlambat lagi aku ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Maal Hijrah bagi kaum yang beragama Islam sekalian..Di tahun baru nie, mesti korang mempunyai azam baru kan?? Baguslah..Azam tu sangat penting dalam kehidupan selagi kita bernyawa..Cewah, berfalsafah pula!

Okey, kembali kepada topik yang nak dikarang..Kegembiraan seorang bakal ibu :) Sangat gembirakah?? Yup, excited sesangat!! Sesiapa yang pernah melalui saat ini mesti dia tahu betapa gembiranya, betapa bersyukurnya dia kepada Illahi kerana mengurniakan 'cahaya mata' kepada dia & suami tercinta..Adakah seorang bakal bapa akan gembira seperti bakal ibu tadi?? Jawapannya...tidaklah ditunjukkan secara sepenuhnya oleh seorang bakal bapa..'Cool' gitu kan..Just senyum meleret sahaja & usap-usap perut isterinya..Tidak seperti isterinya yang jelas ternyata perasaan gembiranya itu..Hehe..Biasalah tu kan..Kepada bakal ibu yang 'first time' cam aku nie, mesti korang pun camtukan??

Setelah selamat mendirikan masjid pada 29hb. Mei 2011 yang lalu, aku disahkan berbadan dua..Alhamdulillah, syukur sangat-sangat..Tak sangka Allah S.W.T. mengurniakan rezeki kepada kami secepat ini..Usia kandunganku dah mencecah 3 bulan lebih dah :) Semasa diawal perkahwinan, kami merancang tak mahukan anak dalam tempoh terdekat nie..Almaklumlah perbelanjaan kami habis buat persiapan kahwin dulu sebab kami guna duit sendiri time buat persiapan kahwin tue..Ibubapa kami hanya tambah yang mana tak cukup je..Majlis buat sederhana je..Ikut kemampuan..Tapi Allah S.W.T. itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..Kita hanya mampu merancang, malah Allah S.W.T. jua yang menentukannya..

  Inilah gambar anakku..Cahaya mata hatiku..Comelkan :)

Time scan, teruja sangat dapat tengok 'baby' dalam perut..Alhamdulillah, keadaan 'baby' sempurna..Semuanya telah terbentuk..Cuma jantinanya saje belum tahu..Teruja sangat dapat tengok 'baby' gerak-gerak..Aktif sangat..Tangan & kakinya tak leh dop diam..Asyik gerak je..Dalam usia 3 bulan nie, si ibu tak dapat merasa pergerakan 'baby' lagi..Sebab 'baby' kecik lagi..Besar segenggam tangan je..Cutekan?? Geram lak bila tengok 'baby' sendiri..Tak sabar-sabar nak tengok 'baby'..Si suami lak, bila doktor panggil untuk tengok 'baby' time tengah scan, malu-malu lak dia..Hehe..Ternyata time suami tengok anaknya bergerak-gerak dalam perut isterinya, dia pun sangat teruja tapi masih 'cool'..Hehe..

Semoga anak kami membesar dengan sihat & selamat dilahirkan kelak..Semoga anak kami ini menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi penyeri dalam rumahtangga kami kelak..Sememangnya aku akui, hidup berumahtangga bukannya mudah..Banyak dugaan yang diduga oleh Allah S.W.T..Tapi aku yakin, setiap dugaan itu ada hikmahnya..
Sekian sahaja untuk kali ini..