Pages

Followers

Tuesday 6 August 2013

Nasib Baik a.k.a. Mujur

Assalamualaikum..


Khamis malam Jumaat lepas, sedang aku mengemas pakaian anak masuk dalam beg (nak balik rumah ma), Aisy bukan main seronok dok berlari. Sambil aku kemas pakaian (main sumbat aje) aku membebel-bebel melarang Aisy berlari-lari. Lariannya masih terumbang-ambing sebab baru pandai berlari kan. 

Kejap-kejap mata aku melilau ke arah Aisy, kononnya pantau pergerakan dia. Tangan masih lagi ligat memasukkan pakaian Aisy ke dalam beg dan pergerakan tangan serta kaki aku pantas ke sana ke mari ambil keperluan penting Aisy seperti ubat, pampers & susu. Aisy masih lagi berlari-lari dalam bilik. Manakala si papa Aisy hanya sibuk melarang anak lelakinya berlari. Ok, semua dah settle. Aku kemas dalam masa 15 minit aje sebab semua sumbat aje.

Aisy hanya berlari ke sana kemari sambil sorak-sorak gembira. Dia memang 'happy good lucky' sokmo pun. Aku nampak Aisy berlari ke arah meja dan BOOOMM bunyi benda terhantuk di meja. Aisy rebah lalu menangis sekuat hati. Aku cemas dan terus dukung Aisy. Aku belek-belek mukanya ketika itu dia masih lagi menangis. Aku nampak darah meleleh keluar tepi mata. "Abang, berdarahlah!!!!" Aku jerit kat suami aku. Aku cemas sebab Aisy menangis tak buka mata. Kot-kot terkena mata. Aisy tak bagi aku sentuh matanya membuatkan aku lagi cemas. Aku buka juga kelopak mata Aisy. Mujurlah mata Aisy tak apa-apa.

En.suami kelam-kabut cari ubat gamat. Aku bagi Aisy susu. Aisy pon berhenti menangis (memang jenis senang pujuk). Time Aisy ralit minum susu, aku taruk ubat kat tepi mata Aisy. Aisy mula menangis semula. Pedih barangkali ubat tu masuk kat luka dia. Suami ambil dukung Aisy. Aku masukkan barang-barang ke dalam kereta. Rancangan untuk balik rumah ma diteruskan jua. Aisy dah ok tapi darah masih lg keluar. Aisy memang tak bagi langsung aku tengok lukanya bimbang aku sentuh luka dia.

Kami singgah Mydin Mall Kubang Kerian sekejap beli pampers dan susu Aisy untuk sebulan terus. Masa masuk Mydin, aku tengok luka Aisy. Terang, jelas serta nyata sebab cahaya yang terang kat situ. Ada darah yang meleleh sikit kat tepi mata tu yang dah kering. Darah kat tempat luka masih ada. Tapi aku masih tak dapat tengok luka Aisy yang sebenar-benarnya.

Sampai aje rumah Tok Ma, semua terkejut tengok mata Aisy. Takde sorang pon boleh tengok atau sentuh luka dia. Aku keluarkan kereta yang Tok Ma belikan untuk Aisy. Dari jauh Aisy dah tersenyum. Bukan main seronok lagi dia dapat naik kereta tu. Time dia ralit bermain, Tok Ma baru boleh taruk ubat. Aisy tidur pukul 11.00pm malam tu. Leka bermain punya pasal.

Bila Aisy betul-betul lena, baru aku boleh cuci luka Aisy dengan kain basah. Mata Aisy semakin bengkak masa tu. Lukanya panjang juga. Start dari bawah mata sampai tepi mata. kat tepi mata tu luka besar sikit. "Mujur kat kena mata. Mujur kat kena atas mata. Kalau tak, boleh pecah kelopak mata." (Bisik hatiku). Malam tu ntah berapa kali aku bangun taruk minyak gamat kat luka Aisy. Keesokannya, bengkak dah surut sikit & luka pon dah kering sepenuhnya.


 Walaupun mata sakit, Aisy tetap seronok bermain tambah-tambah dapat hadiah daripada Tok Ma.


Masa mengandungkan Aisy lagi aku ada berpesan kepada suami supaya buang meja tu sebab semua bucu meja tu tajam. Aku pernah bagitahu suami yang meja tu akan mendatangkan bahaya kepada anak kelak. Tapi suami cakap "alah tak pe. nanti jangan bagi dia main kat situ". Masa baby dah keluar pun aku ada ingatkan suami lag sekali supaya buang meja tu letak kat tempat lain tapi tu juga jawapannya.

Bila telahan & gerak hati ibu ni tepat, baru nak gelabah. Bila anak dah dapat kaki, kita pun tak dapat kawal pergerakan dia 100%. Apa lah yang budak umur 1 tahun tu tahu. Dia hanya tahu main & cuba apa saja aksi yang ada dalam fikirannya dia. Tambah-tambah si anak lelaki. Lagi banyak akal. Panjat, lari, terjun semua lah. Orang cakap ''mencegah lebih baik dari mengubati''. Nasib baik tak kena mata.

Perkataan NASIB BAIK a.k.a. MUJUR tu sentiasa ada.