Pages

Followers

Monday 19 December 2011

Membeli-belah Di Munduk, Thailand.

Assalamulaikum pembuka bicara..

Hai korang..Penah gi Munduk tak?? Aku pun baru je dapat merasa pergi sana Jumaat lepas..Seronok..Nak tau apa yang ada kat sana?? Meh, nak ceritakan cikit pengalaman aku ke sana..

Punyer lah teruja nak gi sana..Sampai tanya suami berkali-kali "Jadi tak kite gi Munduk minggu nie??"..Naik rimas suami aku nak jawab soalan yang sama jew & sampai aku cakap kat suami "Hujan ke, tak hujan ke, kite kena gi jugak taw..Kalau tak, saya nangisla.." Sampai camtu sekali teruja nak gi sana kan?? Tak tau la nie 'pembawakan budak' atau ibu dia sendiri yang beria-ria nak gi sana..Walaupun tengah berbadan dua, masih nak gi jalan-jalan lagi kan??

Pagi Jumaat lepas, memang semangat sangat..Baju dah 'iron' malam sebelumnya lagi..Dah 'prepare' semua awal-awal lagi..Kena gi pagi taw..Kalau tak, tak de 'parking' la jawabnya..Dalam pukul 10 lebih, sampaila aku ke sana..Nie 'first time' aku ngan suami ke sana taw..Nasib baek tak 'makan buah langsat'..Jumpa juga akhirnya tempat tue..Time tue, hujan rintik-rintik & paras air sungai golok pun naik cikit..Tapi tak merbahaya..Kat seberang Tumpat & seberang Munduk, ada askar negara masing-masing yang jaga..
Nak ke Munduk, kenalah menyeberang Sungai Golok dengan perahu..Bayaran yang dikenakan RM 1.00 (one way) hehe..Dekat je..tak sampai seminit, dah sampai ke seberang..

Munduk, Thailand..

Walaupun cuaca kurang baik, punyelah ramai orang ke sana..Berpusu-pusu masuk ke sana..Tak perlu passport pun..Disebabkan nie 'first time' ke sana so, aku ngan suami 'survey' dulu lah tempat nie..Usyar-usyar apa yang ada & apa yang berkenan..Nak tau harganye?? Memang murah..Memang puah hati..Tak caye, cubalah sendiri..Kami tak sempat 'snap pic' pun sebab tangan penuh beg plastik barang-barang kami..

Apa yang aku beli kat sana?? Nak taw?? Jom ikuti senarai nie:-

Aku:
1- Long skirt (RM 18.00-selepas tawar-menawar) Aku beli dua helai sebab cantik..Kat Kota Bharu (RM 25.00-selepas tawar-menawar)
2- Baju Kemeja (RM 15.00-selepas tawar-menawar) Aku beli dua helai sebab baju nie suami yang pilih..Kat Kota Bharu (RM 25.00-selepas tawar-menawar)
3- Tudung express..Kat tempat yang berlainan..3 helai semua..Ikut cita-rasa (RM 5.00)..(RM 10.00)..(RM 13.00)..Kalau jenis tudung yang aku beli nie, kat Kota Bharu (RM 18.00-RM 28.00)..
4- Bakul plastik serbaguna untuk baby (RM 12.00-selepas tawar-menawar)..Beli sebab nak isi barang-barang yang dibeli..Nanti senang nak angkat bawa naik kat atas perahu..Suami yang kena bawa..Hehe..Kat Kota Bharu (RM 18.00)..

Suami:
1- Madu lebah yang baru diperah madunya depan kami (RM 20.00/sebotol)..Suami beli dua botol dapat RM 32.00..Kat Kota Bharu tak taw lah sebab tak pernah beli..
2- Baju jenama pe ntah..Tak ingat..Memang bukan ori tapi 'not bad' la..(RM 20.00-selepas tawar-menawar)..Suami beli dua..Sebab kain dia lembut & sejuk..Sedap pakai katanya..Kat Kota Bharu (RM 50.00-selepas tawar-menawar)
3- Buah mangga/pauh (RM 10.00 untuk 3kg)..Kat Kota Bharu (RM 5.00/kg-tue pun paling murah)

Murah-murah kan?? Memang puas hati..Tue pun kami tak sempat gi semua kedai kat Munduk tue..Macam-macam ada..Banyak lagi..Jenuh tangan nie kalau nak sebut semua..Harga kat sana dalam RM 1.00-RM 100.00 jew..Ada makcik-makcik yang beli kuali besar, bantal, tong sampah, perabut pun ada..Kalau perabut tue kena hantar guna lori la..Macam-macam ragam leh tengok kalau gi sana..Kalau nak gi sana, tak payah la nak bawak budak kecik..Hilang susah nak jumpa..Ramai sangat orang..Pastu bahaya kalau budak-budak hulur tangan lam air time nak perahu..Nanti jatuh dalam air..Memang susah nak kawal sebab ramai orang..
Ape pun, aku merangcang nak gi ke sana lagi awal tahun depan..Lepas musim tengkujuh/boh nie nanti..Bestnye..Tak sabar nak borong-borong kat sana..Nak gi beli bunga lak..Wat hiasan dalam rumah nanti..Harganye?? Memang lumayan poket aku..Haha..Tak nak beli dah bunga kat Kota Bharu..Mahal..Selamatla poket aku nanti dapat borong barang murah yang berkali-kali ganda murah kat sana.. Jom gi sane..Tapi tak leh beli sesuka hati..Askar, UPP & Kastam ada jaga kat sana taw..








No comments:

Post a Comment