Pages

Followers

Saturday 4 August 2012

Aisy Meragam

Cerita ni pun agak lapuk dan basi untuk dikongsi. Tapi aku tetap nak kongsi juga. Nak baca atau tak nak, terpulanglah kepada anda. Hehe.. 
Selamat Membaca!


Ni adalah my hero yang nakal tapi baik hati..~ngehehe~



22/06/2012 (Jumaat)

Pagi tu lepas mandi & breakfast, hubby punggah barang-barang yang dah aku packing  masuk dalam bonet kereta. Hari tu, hari ke-52 Aisy dilahirkan. Dah seminggu aku habis berpantang kat rumah ibuku di Bachok. Tiba masanya kami balik ke Peringat memandangkan seminggu lagi aku akan start masuk kerja. Hubby suruh maknya yang jaga Aisy. Aisy adalah cucu yang ketiga bagi keluarga mertuaku. Manakala cucu sulong bagi keluargaku.

Setibanya aku di rumah mertuaku di Peringat, kami disambut dengan meriah sekali walaupun keluarga mertua tak tahu kami akan balik hari itu. Mak saudara Aisy berebut-rebut nak tengok Aisy yang comel lote putih gebu ini (mak nya yang perasan lebih).

Cuaca di Peringat agak panas berbanding cuaca di Bachok. Kat kampung aku berangin sebab dekat dengan pantai. Nama kampungku pun dah Pantai Senak. Mestilah rumah aku berhampiran dengan pantai. Aisy agak gelisah bila duduk di Peringat kerana cuaca yang panas dan tiada angin pada hari itu. Mungkin dia tak dapat biasakan diri dengan cuaca di sana lagi. Aisy memang bertubuh agak "sihat". Sebab itu dia cepat berpeluh. Tengahari tu, Aisy tak dapat tidur nyenyak sebab panas. Hubby yang sedia maklum anak kesayangannya itu tido dalam buai pada waktu siang, hubby dah sediakan buai untuk Aisy tapi malangnya spring buai tu terlalu lama  tak digunakan. Jadi ianya tak berdenyut macam buai di rumah Tok Ma Senak. Kain buai pun takde, so aku guna kain sarungku sebagai buai Aisy. Aisy makin gelisah. Aisy merengek tak dapat tido dengan selesa. Aisy tak nak tido atas buai tu. Akhirnya Aisy tertido di atas riba Cik Long nya kerana terlalu mengantuk.

Pukul 4.00 petang tu, hubby ajak aku ke PKT Pasir Tumboh untuk beli spring & kain buai baru. Memandangkan Aisy masih tido di atas riba Cik Longnya, aku ikut hubby ke PKT. Selepas buat bayaran di kaunter bayaran, kami terus balik & gantikan spring dan kain buai yang baru untuk Aisy. Akhirnya Aisy dapat tidur lena atas buai. Hati kami lega.

Malam itu, pada awalnya Aisy elok je tengok Ummie & Papa mengagahnya. Aisy baru nak belajar senyum bila diagah. Lebih kurang pukul 9.30 malam, Aisy menangis. Aku sangka Aisy menangis nak tido. Aisy memang susah nak tido malam & kadang-kadang dia akan merengek. Tapi malam itu, Aisy menangis kuat. Aisy tak pernah menangis kuat sebegitu rupa. Aisy tak pernah menangis kuat walau sekali pun tapi malam itu sikap Aisy berlainan. Aisy menangis tak mahu berhenti. Puas aku & hubby pujuk, malah ibu mertua ku juga cuba memujuk namun semua tak berhasil. Aisy menangis makin kuat. Tok Bah pula membaca ayat-ayat suci Al-Quran kot-kot Aisy disampuk, namun juga tak berhasil. Tok Ma pula buka baju Aisy untuk sapu minyak YuYi kat perut kot-kot perut Aisy kembung, namun juga tak berhasil.  Aku ambil Aisy & cuba mengatip mendodoikannya. Akhirnya Aisy senyap & terlelap di pangkuanku. Tapi tak sampai 5 minit, Aisy terjaga & terus menangis macam tadi. Hati ibu & bapa mana yang sanggup tengok anaknya menangis sedemikian rupa. Aku tak henti-henti berdoa kepada Allah supaya anakku dilindungi oleh-Nya. Aku cuak, cemas & lemah tubuh badan melihat Aisy menangis sedemikain rupa. Aisy tak pernah begini.

Aisy berhenti menangis sekejap je bila dia lapar & diberi susu. Dia akan menangis semula selepas tu. Aisy menangis sampai keluar air mata. Matanya pejam & bengkak akibat menangis terlalu kuat & lama. Badannya lembik kerana tenaganya hilang dek menangis sekuat hati. Hatiku sayu. Aku berdoa kepada Allah. Aku baca doa Nabi Yunus berulang-ulang kali supaya dipermudahkan segala urusanku. Jam menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah malam. Aisy menangis semakin menjadi-jadi. Hubby bagitau aku nak bawa balik Aisy ke rumah Tok Ma Pantai Senak semula malam itu juga. Aku call ibuku lantas bagitau ibuku yang cucunya itu menangis & kami akan pulang sekarang. Hubby dah buat keputusan untuk balik ke Bachok semula. Hubby menyuruhku kemas barang-barang baby. Aku jadi kelam kabut. Tak tau nak kemas apa. Aisy ada dengan Tok Ma time tu.

Hubby keluar bilik segera bagitau ibu & ayahnya yang dia nak hantar Aisy balik ke Senak semula. Bila papa Aisy cakap macam tu, Aisy berhenti menangis serta merta. Hubby terus ambil barang-barang bawa masuk dalam bonet kereta. Aisy dah berhenti menangis. Pukul 12.10 am, kami terus bertolak ke Pantai Senak. Aisy kepenatan & tertidur di atas pangkuan  Tok Ma nya di site belakang. 

Lebih kurang pukul 12.30 am, kami sampai di rumah ibuku. Tok Ma Senak dah ready sambut kepulangan Aisy. Tok Ma Senak ambil Aisy daripada Tok Ma Peringat. Aisy terjaga dari tidurnya. Aisy tidak lagi menangis. Aisy senyap. Matanya bengkak. Aisy mula tidur lena di pangkuan Tok Ma Senak. Kami mula ceritakan apa yang berlaku kepada ibuku. Mungkin Aisy belum bersedia tinggal di Peringat (andai hatiku). Kami tak pasti apa yang membuatkan Aisy menangis sedemikian rupa. Aku bersyukur kepada Allah kerana memperkenankan doaku.

Sejak hubby hantar Aisy balik ke Pantai Senak semula, Aisy tidak lagi menangis macam tu lagi. Aisy kembali ok serta merta sehingga sekarang. Hubby suruh kami tinggal di Pantai Senak buat sementara waktu. Kejadian Aisy menangis macam tu sedikit sebanyak memberi kesan kepadaku. Hati ibu mana yang sanggup tengok anaknya sebegitu. Malam tu aku tak dapat tidur kerana berjaga untuk Aisy walaupun Aisy dah tidur lena. Sehingga ke hari ini aku agak fobia bila Aisy merengek walaupun dia hanya merengek nak susu. Hatiku mudah cemas.


No comments:

Post a Comment