Pages

Followers

Sunday 2 September 2012

Diarrhea

Assalamualaikum..

Minggu nie aku agak kepenatan sikit. My little baby kena diarrhea. Kecian dekat dia. Nasib baik dia tak kena admit kat hospital. Kalau tak, naya jugak lah. Alhamdulillah segalanya beransur pulih.

Ahad lepas (26/08/2012), mulanya Aisy hanya selsema. Maklumlah time raya dop ulang-alik balik raya rumah datuk neneknya. Masa puasa stay kat rumah neneknya dekat Peringat selama sebulan, raya kedua balik raya rumah nenek dekat Bachok, raya kelima balik Peringat semula & last raya ketujuh balik stay rumah nenek kat Bachok kembali. Aisy mula selsema hari Jumaat lagi sebelum balik semula ke rumah neneknya di Bachok pada hari Sabtu. Mulanya dia just selsema biasa je. Ahad tu, Aisy mula demam sikit. Suhu badannya tak berapa panas. Aku bagi ubat demam kat dia. After 2,3 jam lepas makan ubat tu, Aisy dah mula berpeluh & suhu badannya dah kembali normal. Aku ingat dah ok la. Tapi rupa-rupanya.........

Keadaan Aisy makin teruk. Malam tu, aku still tak perasan yang Aisy tak selesa dengan keadaan badannya. Lebih kurang pukul 12.30 malam, Aisy bangun nak menyusu. Aku buatkan susu untuk dia. Memang kebiasaan Aisy bangun setiap 2 jam sekali untuk menyusu pada waktu malam. Lepas aje Aisy isap susu sampai habis, dia muntahkan balik susu tu. Aku buat susu 2oz je. Lepas tu, dia tidur macam biasa tapi malam tu tidurnya tak berapa lena. Aku asyik terjaga je malam tu. Dua jam selepas tu, dia merengek nak susu lagi. Aku buatkan susu. Lepas isap susu, dia muntah cam tadi gak. Aku mula pelik time tu. Suhu badan Aisy panas sikit. Lebih kurang pukul 5.30 pagi aku terdengar bunyi bbbbrrrrruuuuutttt..bbbbbrrrrrrruuuuuttttt..Kuat juga bunyinya. Aku tengok muka Aisy macam meneran je. Ish, berak ke ni? Lain macam je bunyinya. Aku tengoklah diapers dia. Masya Allah.. Anak ummie poopoo rupanya. Poopoo nya cair. Aku tertanya-tanya kenapa dengan Aisy ni? Lepas aku bersihkan poopoo, Aisy kembali tidur. Aku pun tidur balik. Subuh tu, tengah syok dop tidur, tetiba bunyi bbbrrruuttt..bbbrrruuttt.. cam tadi lak. Eh, berak lagi ke ni? Aku tengoklah diapers dia. Ya Allah, Aisy poopoo cam tadi gak. Makin cair. Banyak lak tu.Melimpah terkeluar dari diapers dia. Aku terus ambil pelapik getah sebelum cuci poopoo Aisy. Hubby pun terjaga sebab bunyi kuat. Hubby tanya aku, Aisy kentut ke? Nape kuat sangat?. Aku cakap tak lah, Aisy poopoo. Hubby bangun bantu aku bersihkan poopoo Aisy. Habis seluar Aisy & cadar terkena poopoo.

Pagi tu, sebelum aku & hubby bersiap pergi kerja, aku awal-awal lagi bagitau dekat mak aku yang Aisy ni muntah-muntah & cirit-birit. Badan Aisy panas sikit pagi tu. So, aku serahkan Aisy kepada emakku semasa aku nak bertolak pergi kerja.

Tengahari tu, emak aku call cakap suhu badan Aisy panas kuat. Mak dah bagi ubat demam kat dia pagi tu tapi demam tak mahu reda. Aku pun terus call hubby cakap suruh hantar aku balik rumah kerana anak demam kuat. Lama gak la kena tunggu hubby sampai kat office sebab hubby bertugas dekat site hari tu. Balik tu, aku terus rasa suhu Aisy dengan tangan kat dahi dia. Memang terasa panasnya. Aku dah apply cuti half day. Emak aku cakap, dah berapa kali Aisy poopoo & muntah-muntah. Aisy tak banyak ragam pun. Dia diam je. Bila dia merengek, slow je bunyi suara dia. Mungkin dia kepenatan sebab banyak hilang air dalam tubuhnya. Tapi walaupun demam, muntah & cirit-birit, Aisy masih menyusu dengan kuat. Jadi bolehlah top-up tenaga dia yang banyak kehilangan tu.

Hubby pergi kerja semula lepas tu. Aku je yang apply cuti. Kami kerja di office yang sama. So, salah seorang je boleh cuti. Walaupun lesen memandu aku telah tamat tempoh pada hari raya & belum renew lagi, aku sanggup drive & aku sanggup disaman kalau ditahan JPJ/Polis. Yang penting aku kena bawa anak aku cepat-cepat pergi jumpa doktor. Aku & emak bawa Aisy ke klinik swasta. Aku tahu, bila aku bawa Aisy ke klinik kerajaan, pasti Aisy kena admit ke ward.

Suhu badan Aisy memang panas. Doktor cakap suhunya 39oC. Doktor masukkan ubat melalui bontot Aisy untuk turunkan suhu dia. Banyak juga la ubat yang doktor bagi. Antaranya ubat deman, selsema, antibiotik mati kuman & smecta (cirit-birit). Doktor cakap dalam badan Aisy ada kuman/bakteria. Suhu badan dia naik mendadak sebab antibody dalam badannya sedang bekerja keras untuk melawan kuman/bakteria tu. Ooohh, macam tu. Kesian anak ummie sakit. Mata & bibir Aisy merah je sebab suhu badannya panas. Bila aku dakap Aisy, memang terasa wap-wap panas badan dia. Nafasnya terasa panas je bila terkena kulit aku.

Sampai je dekat rumah, aku cepat-cepat bagi ubat dekat Aisy. Aku bancuh smecta dalam botol susu dengan air suam sebanyak 2oz mengikut arahan doktor tu tadi. Aku cuak juga lah nak bagi dekat Aisy sebab Aisy nie susah nak makan ubat. Asal je picagari terkena mulut dia, mesti dia tutup mulut & nangis-nangis. Alhamdulillah, Aisy minum smecta tu macam dia isap susu. Aku try la rasa smecta tu macam mana. Patutla Aisy minum. Rasa smecta tu manis-manis sikit. Smecta ni kena minum sekali sehari je. Doktor bagi 3 paket je.

Ni lah smecta. Ubat cirit-birit. Satu paket kena bancuh dengan air suam sebanyak 2oz. Minum hanya sekali sehari je. Aku taruk dalam botol susu bagi Aisy minum.

Suhu badan Aisy turun sikit je selepas masuk ubat ikut bontot tu. Demam dia masih kuat lagi. Walaupun Aisy diberi ubat demam ikut time, tapi demamnya susah nak kebah/baik. Malam tu, aku tak tido lena sebab setiap setengah jam aku bangun untuk tuam & lap badan Aisy dengan tuala basah. Aisy masih lagi kerap poopoo. Dia poopoo makin cair. Tiap kali dia poopoo, mesti poopoo nya melimpah dari diapers. Banyak kali kena tukar pakaian dia. Time aku dukung dia siang hari tu, aku rasa suam-suam je kat badan aku. Rupa-rupanya Aisy poopoo & melimpah sampai terkena baju ummie. Time hubby balik kerja, hubby ambil dukung Aisy. Hubby tak perasan pun yang Aisy dah poopoo & terkena baju kerjanya. Huhu.. Kesian anak ummie sakit. Sayu je hati bila tengok keadaan Aisy macam tu.

Tiga hari sudah berlalu. Demam Aisy dah reda. Muntah pun dah berhenti tapi Aisy masih kerap poopoo. Cair macam air. Stok diapers pun dah nak habis. Pagi hari ketiga tu, adalah smecta yang terakhir tapi smecta tu tak beri apa-apa kesan pun kepada Aisy. Malam tu lepas balik kerja, aku & hubby bawa Aisy ke klinik yang sama untuk rujuk kepada doktor. Malam tu, doktor lain lak yang bertugas. Doktor perempuan. Lebih mesra dari doktor lelaki hari tu. Aku rujuk kepada doktor perempuan tu. Doktor tu tengok rekod kesihatan Aisy 2 hari lepas.

Doktor: Erm, doktor hari tu dah ada bagi ubat cirit-birit smecta ye? Anak minum tak?
Aku: Ye. Anak minum je.
Doktor: Ubat nie tak bagi pape kesan pada baby pun? Kalau ikutkan ubat nie dah kira yang ubat paling bagus doktor dah bagi kepada anak awak. Biasanya minum satu paket dah kurang diarrhea dia. Erm, kalau macam tu, saya tak galakkan bagi smecta dah. Saya akan bagi air garam je. Kalau dia berak tu, biarkan je dia keluarkan semua benda-benda yang tak diperlukan dalam usus dia tu. Tapi kena top-up dengan air garamlah bagi ganti tenaga dia yang hilang tu. Awak cuba bagi susu khas la dulu semasa baby awak diarrhea nie. Samada susu Novalac AD atau Isomil. Kalau anak awak berterusan diarrhea & nampak dia letih & tak aktif kena cepat-cepat bawa dia pergi hospitallah bagi doktor kat sana masukkan air dalam badan dia.

Aku hanya mengangguk tanda faham je. Doktor try agah-agah & usik Aisy untuk tengok keadaannya.

Doktor: Anak awak aktif je ni. Tak nampak letih pun. So, awak tak perlulah bimbang. Dia mungkin alah pada kandungan lactos yang ada dalam susu lembu. Awak try bagi susu yang saya cakap tadi & air garam kat dia. Doktor ada bagitahu suruh cairkan susu dia haritu?
Aku: Ada. Dah cairkan susu dia tapi dia berak makin cair lak.
Doktor: Erm, buat cara macam saya suruh ye. Tengok keadaan dia macam mana lepas bagi susu tu.

Selesai sudah. Aku ke kaunter ubat & pembayaran. Nurse kat situ cam weh muka aku.

Nurse: Eh, anak awak tak ok lagi ker?
Aku: Belum. Still berak lagi. Cuma demam & muntah je yang dah baik. Erm, kat sini ada jual susu Novalac AD tak?
Nurse: Doktor suruh try bagi susu rumusan soya lak ke? Ada..

Aku lega sebab kat klinik tu ada jual susu tu. Tu pun tinggal 1 tin je lagi.
Alamak, pampers Aisy dah nak habis lah. Dalam sehari ntah berapa kali tukar pampers. Hubby bawa kami ke Mydin Mall untuk beli pampers. Hubby yang dukung Aisy. Nasib baik Aisy tak nangis bila masuk ke Mydin Mall. Ni kali pertama Aisy ke supermarket/wholesale. Papa bawa Aisy kat bangku kat luar sementara tunggu aku buat bayaran. Akhirnya Aisy tertidur dipangkuan papanya.

Ni lah air garam yang doktor cakapkan tu. "REST ORS". Kena bancuh dengan air suam juga. Aku tak bancuh semua dalam 1 paket tu. Aku bancuh separuh je dengan 3oz air suam. Letak dalam botol susu. Alhamdulillah Aisy isap je air garam nie. Ummie try rasa. Rasa masam-masam sikit. Bila Aisy dahaga, aku gilir-gilir bagi air garam & susu untuk top-up tenaga & mineral yang dah banyak keluar dari badan Aisy. So, Aisy tak nampak letih. Dia aktif je. Malah Aisy juga still kuat menyusu.


Ni lah dia susu Novalac AD rumusan khas untuk bayi cirit-birit. Susu ni susu rumusan soya & yang paling menariknya di campur dengan serbuk buah pisang & juga epel. Kalau bancuh 1 scop susu, kena letak air 1oz. Jadi aku bancuh 2 scop dengan 2oz air suam. Susunya agak pekat sikit. Rasanya sedap & rasa manis sikit-sikit. Jadi, Aisy memang suka la susu ni. Dia terima susu ni dengan baik. Nampaknya Aisy minum susu ni lebih berselera berbanding susu Anmum nya yang dulu. Satu tin nie just 250gram je. Aisy lak kuat menyusu. Susu nie bertahan 3 hari je dengan Aisy. Malam ketiga tu kena cari stok yang lain sebab susu sempat untuk malam tu je. Ummie pun tak perasan yang susu tu dah tinggal saki baki je. Terpaksalah hubby pergi beli susu baru. Paling tak syok susu ni susah nak cari. Kat klinik hari tu dah habis dijual. Susu ni takde kat supermarket. Just ada kat farmasi yang tertentu je. Akhirnya dapat juga beli susu ni kat farmasi Panji depan JPJ tu. Harga sama je RM27 untuk 1 tin kecik ni.

Selepas Aisy minum susu nie, diarrhea nya makin ok. Hingga ke hari ini Aisy masih poopoo lagi tapi dah kurang berbanding sebelum minum susu ni. Kalau haritu Aisy poopoo sehingga lebih 10x, selapas minum susu tu, Aisy poopoo sebanyak 6x dan semalam Aisy poopoo sebanyak 4x je. Poopoo Aisy pun dah tak secair dulu. Makin hari dah makin pekat & Aisy bagi feedback yang baik lah. Dah seminggu Aisy cirit-birit. Hope Aisy cepat-cepat sembuh. Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan & kesihatan yang baik untuk Aisy. Ni mungkin ujian dari Allah untuk kami sebagai ibubapa. Ingatlah. Ibubapa menjaga kita ibarat menatang minyak yang penuh semasa kecil & sehinggalah kita besar. Bila dah jadi seorang ibu, barulah kita sedar pengorbanan ibu itu macam mana. Seorang ibu takkan tidur malam semata-mata untuk menjaga si kecil yang sakit.

p/s: Kalau anak ibu-ibu diluar sana mengalami demam, janganlah dibiarkan ia berlarutan. Segeralah beri ubat mengikut dos yang betul. Bila anak menghadapi demam panas @ suhu badannya panas, janganlah selimutkan dia. Kalau boleh pakaikan baju yang nipis je kat dia. Memang kakinya sejuk dah badannya panas. Hakikatnya dalam badan bayi kita panas. Jadi kena keluarkan suhu panas dari badannya supaya demamnya reda. Tuam & lap lah badan anak anda dengan tuala basah. Tekap tuala basah mulai dari kaki dahulu, kemuadian badan & akhir sekali barulah kepala. Jangan mula dari kepala dahulu. Ini boleh membahayakan bayi anda. Kalau keadaan lebih teruk, segeralah ke klinik & hospital yang berhampiran. Kalau boleh nak elakkan anak kita dari terkena sawan. Kita hanya mampu iktiar sahaja. Tapi Allah jua yang menentukan. Mungkin itu ujian buat kita.

No comments:

Post a Comment